Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya.
Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya.
Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.
Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap.
Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma.
Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja.
Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya terlalu sensitif.
Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini.
Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.
Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.
Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya pula sebagai ganti.
Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.
Setiapnya terlalu mistik!
Cuma satu saja yang kau tak mengerti.
Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya.
Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
Sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka.
Ianya lahir atas satu kepercayaan.
Dari situ, wujudlah kasih sayang.
Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.
Mungkin takkan bersinar semula..
Hati yang suci, jika diberi kepada manusia nescaya akan dipunah-punahkannya.
Hati yg luka, jika diberi kepada Allah nescaya akan dipulihkan olehNya..
KUTEMUI gadis Yahudi itu secara kebetulan. Ketika dia masih tercangak-cangak di hadapan Old College di New Promenade,aku lantas menghulurkan bantuan.Barangkali dia tersilap informasi sehingga tersasar haluan di pekan Aberystwyth itu.
"Mahu ke mana?"
sapaku ketika kami bertiga dari North Beach petang minggu dalam musim bunga.
"University of Wales!"
jawabnya sambil menyelak rambut perang yang melitupi wajah pucat.Bebola matanya biru nipis galak memandang kami yang sawo matang.Kehairanan mungkin.
"Baru tiba?!"
"Emm...!!"
"Dari mana?"
"Tel Aviv!"
Jawapan itu menjadikan kami bertiga berpandangan.Namun,kami cepat - cepat berlakon selamba.Seperti tidak ada apa - apa. Walaupun sebenarnya di antara aku,HaiQal dan Ridwan dengan gadis itu seperti langit dengan bumi. Perbezaan kami bukan dari warna kulit, akan tetapi lebih jauh daripada itu.Dia Yahudi barangkali.Bagaimana harus aku melunasi kerak kebencian terhadap satu bangsa yang jijik sejarahnya itu.
"Saya tersesat! Barangkali saudara boleh membantu!"
ada nada merayu simpati dalam ungkapannya.Dia orang baru yang bakal menjadi warga Aberystwyth untuk beberapa waktu,mungkin empat tahun.
Aku hanya bersetuju walau dalam hati ada rasa kejengkelan.Dia Yahudi, musuh sejak lama.Kami tidak punya hubungan apa-apa. Terlalu jauh beza bangsa,budaya,apatah lagi agama. Permusuhan ini termaktub
dalam kitab-kitab utama.Dan hingga ke hari ini api itu masih marak seperti bumi Palestin yang terbakar.
Aku melaksanakan tugas kemanusiaan,tanpa mahu berlama-lama mengiringi sekujur tubuh yang membawa jiwa permusuhan. Selesai saja masalahnya,aku segera beredar,sambil membuang segala ingatan tentangnya. Minta dijauhkan daripada bertemu lagi.Keturunannya tidak ada hubungan apa-apa dengan
keturunanku,apatah lagi agamaku. Negaranya tidak ada hubungan diplomatik dengan negaraku.
Tidak kuduga,dia tinggal sekolej denganku. Ah,kebetulan. Waktu makan malam hari berikutnya,aku disapa dari belakang. Malah dia mendesak aku untuk duduk semeja.Barangkali mahu mencari perlindungan daripada terjahan mata galak senior.Aku yang sudah dua tahun di sini mungkin selamat untuk didampingi.
"Saya Abigail Netanya,"
tangan putihnya pantas dihulur.
Aku teragak-agak menerima salam perkenalan itu. Aku berasa diperhatikan oleh seribu mata,terutama mata dari rakan-rakan senegara. Malah semua mata di tanahair seakan-akan menjegil ! tunak ke arahku. Kedinginan musim bunga di Aberystwyth tiba-tiba saja berubah pijar.
"Saya Dein!" aku menyambut salam perkenalan itu.
Tidak manis tidak menerima salam orang lain.Kemanusiaan melebihi garisan budaya dan agama. Dan malam itu aku duduk dan makan semeja dengan seorang gadis Yahudi. Aku lebih banyak diam daripada
bercakap. Jiwaku masih belum dapat menerima bahawa aku akan duduk di depan seorang yang berjiwa permusuhan.
Sekali lagi aku bertekad untuk berbuat sesuatu. Aku tidak mahu bertemu lagi dengan gadis bermata biru
itu. Sepanjang malam aku terbayang kerakusan serangan di Ramallah. Aku terbayang ledakan- ledakan maut yang mewarna bumi Nablus dan Jenin. Sepanjang malam itu terbayang wajah Yasser Arafat yang terketar-ketar bibirnya diasak peluru kereta kebal sehingga meruntuhkan pertahanan terakhir. Yang tinggal hanya kamar sempit, terlalu sempit bagi seorang yang bergelar pemimpin negara.
Esoknya,dia datang lagi. Dan kami duduk semeja lagi. Sehingga suatu petang dia memintaku menghantarnya ke Queen's Avenue. Aku tidak dapat menolak. Petang itu kubawa dia melalui Portland
Street, Bath Street sehingga ke Queen's Avenue. Aku mula merasakan sesuatu.
"Abigail...!
"Panggil aku Girl...!"
"Tidak perlu aku.."
"Itu nama manjaku.Hanya ibu yang memanggilku dengan nama itu,"
"Maksudku..."
Hilang Kata-kata itu hilang tanpa sempat aku meluahkannnya. Aku tidak mahu berterusan berkawan dengan seorang yang berjiwa permusuhan. Sebenarnya aku sedang bermusuh dengannya. Aku tahu yang dia cukup
mengerti tentang itu.Lebih-lebih lagi apabila aku memberitahu bahawa aku beragama Islam, datang dari sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
"Aku sayang kamu Dein...!"
"Ti.ti..tidak! Tidak mungkin...!"
"cinta tidak mengira agama Dein...!"
"Tetapi,kita tidak boleh meneruskannya..."
"Siapa kata tidak?!"
"Semuanya akan berkata tidak! Kita tidak boleh
begini...!"
Dalam tidak mahu itu,aku semakin terbabas ke dalam medan musuh. Dia sebenarnya musuh yang tidak seganas bangsanya meragut nyawa rakyat Palestin. Tetapi dia tetap berlabel musuh. Aku semakin terpengaruh dengan musuh itu. Aku amat takut suatu hari nanti dia akan menjadi musuh dalam selimutku sendiri.
Aku perlu bertindak pantas. Aku berpindah dari Student Village di Pentre Jane Morangan ke Seafront Residences Brynderw berhadapan dengan Cardigan Bay. Biarpun kucekalkan hati,aku sebenarnya mula
berasa kehilangan seketika.Sehingga suatu hari pintu kamarku diketuk.
"Kau lari daripada aku Dein?"
"Tidak! Tidak Girl.Cuma aku..."
"Kau membenci aku! Hanya kerana aku Yahudi,"
"Susah... susah untuk kuterangkan kepadamu,"
"Dein,aku kebetulan dilahirkan dalam keluarga Yahudi.Tetapi aku manusia biasa seperti kamu,seperti HaiQal dan Ridwan. Di Tel Aviv aku menyertai pertubuhan anti keganasan. Kau tidak boleh membuat generalisasi terhadap aku!"
"Kita hanya layak berkawan saja. Itupun atas dasar kebetulan,Girl. Tidak lebih daripada itu. Ada sempadan besar yang merentang di antara kita,"
"Aku mahu berhijrah ke seberang sempadan itu!"
Aku bungkam dengan penyataan yang keluar dari bibir merah gadis berambut perang itu. Aku buntu,tetapi aku tidak harus kalah dalam permainan perasaan ini. Aku tidak harus menyerah.
Langkah terbaik hanya kunantikan saat kami berpisah. Aku akan menyelesaikan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan. Selepas itu akan pulang ke tanah air. Barangkali ini saja cara yang dapat membebaskan musuh yang kudampingi semakin hampir ini. Semakin hampir sehingga tidak dapat kubohongi hati dan perasaanku.
Akhirnya,saat yang kunantikan tiba juga. Setelah dua tahun aku berdepan dengan musuh keturunan dan
agama, aku menunggu saat untuk berangkat. Biarkan dia di tanah Aberyswyth itu. Dia sudah lama di sini
dan punya ramai kenalan. Tidak lama lagi dia juga akan menamatkan pengajian komputernya. Dia akan balik ke Tel Aviv. Dia akan membantu membunuh umat Islam di bumi Palestin. Itulah yang ada dalam
fikiranku.
Dia Yahudi. Yahudi tetap Yahudi. Aku tidak mahu bersubahat lagi dalam perkara ini. Cukuplah. Aku hanya menantikan saat untuk pulang. Dia tetap musuhku biarpun sebenarnya sebagai manusia aku semakin
sayang kepadanya.
"Dein,boleh kukatakan sesuatu kepadamu..."
"Katakan Girl.Yang pasti aku mahu pulang ke tanah airku!"
"Aku mahu ikut kau pulang ke Malaysia!"
Darahku seperti berhenti mengalir sejenak. Kerongkongku seperti disumbat kain yang basah oleh darah rakyat Palestin. Kita tidak ada hubungan apa-apa. Tiada hubungan diplomatik. Tiada hubungan agama. Aku
ingat ketika pasukan kriket negerinya datang ke Malaysia, keadaannya amat kecoh. Ramai yang berdemonstrasi menentang kedatangan itu. Mustahil aku akan membawa balik seorang gadis Yahudi.
"Itu sesuatu yang sangat mustahil,Girl,"
"Aku sudah buat keputusan...!"
"Itu keputusan kamu, bukan aku!"
"Aku telah ke musalla kampus minggu lepas,"
"Buat apa?"
Soalan itu tidak terjawab. Aku masih diserang kegugupan yang serius. Dalam hati ini,aku tidak dapat menafikan bahawa jiwa lelakiku telah mula memuja wajah lembutnya, rambut perang keemasannya, mata
birunya dan semua yang ada pada dirinya. Akan tetapi aku masih mampu bertahan. Ini soal besar, membabitkan negara, lebih-lebih lagi agamaku yang suci.
Musim bunga di Pekan Penglais itu bakal menjadi yang terakhir buatku. Beberapa musim yang lalu,aku sering bersama Girl berjalan dari kampus University of Wales ke pusat bandar. Tidak jauh, hanya lima belas minit dalam keadaan biasa. Tetapi aku dan Girl akan mengambil masa yang lebih. Terutamanya apabila
Aberystwyth disirami hujan kerana kedudukannya yang hampir dengan pantai barat, berdepan pula dengan Cardigan Bay. Kami berjalan melalui Old College yang menempatkan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan dan Jabatan Pendidikan.
Sering juga aku dan Girl menghabiskan cuti hujung minggu di North Beach, mengambil angin segar di sepanjang Marine Terrace sehingga ke Victoria Terrace di hujung sebelah utara.Atau kami berpeleseran di
stesen bas di Alexandra Road. Semuanya menjadikan aku dan Girl seperti sepasang kekasih. Tetapi dia tetap musuh kepadaku. Aku tidak harus percaya dengan mudah segala kata manisnya.
"Aku serius Dein...!"
"Maksud kamu Girl?"
"Aku mahu terus berada di sampingmu..."
"Hanya untuk itu?"
"Tidak Dein! Aku sudah lama mahu melakukannya di negeriku. Tetapi keadaan tidak mengizinkan!"
"Sukar untuk kupercaya,Girl!"
"Terpulang! Tapi aku akan buktikan kepadamu Dein,"
Mata birunya kulihat basah.Tangisan itu masih meragukan hatiku. Benarkah dia ikhlas dengan semua yang
diperkatakan? Atau dia sengaja mahu memerangkap aku, sementelah kami sememangnya musuh yang panjang sejarahnya. Adakah aku akan tewas dengan air mata itu?
Aku pulang penghujung musim bunga setelah selesai majlis konvokesyen sarjanaku. Hingga ke saat perpisahan kami di Heathrow, Girl masih merayu aku dengan permintaan yang sama. Akan tetapi aku terpaksa bertegas, walaupun pernah sekali kulihat dia bertelekung, seperti baru selesai solat ketika aku ke
kediamannya. Bagiku musuh boleh berbuat apa saja untuk memerangkap lawan.
Ketika aku mula bertugas di ibu kota, aku mula mendapat surat elektronik daripada Girl. Dalam e-melnya,dia masih merayu agar aku berbuat sesuatu. Katanya dia akan menjadi seorang muslimah sejati
sekiranya aku memberikan kata putus. Katanya kalau boleh dia tidak mahu pulang ke Tel Aviv. Katanya dia sudah terlalu jijik melihat kekejaman manusia. Dan aku masih tidak percaya.
Dua tahun selepas aku pulang, Girl menamatkan pengajiannya. Kami terus berhubung melalui siber. Dan malam itu apabila aku membuka kotak e-mel, aku terperanjat dengan isi kandungannya.
"Dein,aku merayu untuk sekian kalinya kepadamu.Namun aku sedar kau seorang yang sangat kuat pendirian dan kukuh pegangan agama. Aku hormat pendirianmu. Aku sudah mengubah pendirianku untuk tidak pulang ke tanah air. Aku tidak menyalahkanmu. Kini aku sebenarnya sudah berada di tanah tumpah darahku sendiri. Maafkan aku Dein. Halalkan segala kenangan kita di tanah Aberystwyth. Seperti yang kujanjikan padamu, aku sudah berhijrah dan akan terus berhijrah."
"Untuk e-mel terakhir ini, aku nyatakan sekali lagi dan terakhir bahawa aku benar-benar mencintaimu.Selamat tinggal Dein kusayang. Akan kubawa cinta suciku hingga mati."
Dariku,
Habibah Firdaus Abdullah @ Girl
Malam itu aku terkedu separuh mati menonton berita lewat Cable News Network. Seorang gadis yang bernama Abigail Netanya meletupkan dirinya dalam sebuah disko dan membunuh tidak kurang daripada dua
puluh remaja rakyat Israel yang sedang bersuka ria. Dialah Abigail yang kukenali. Abigail yang benar-benar telah berhijrah.
Malam itu juga aku berzikir panjang, bertahlil seorang diri untuk roh seorang yang pernah hadir dalam
hidupku. Semoga rohnya diterima dalam kelompok mereka yang syahid.
1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata
kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
2. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... .akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....
Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".