Hak Muslim: Wang insurans tidak ikut syarak bukan harta pusaka
Ayah dan datuk,
Selangor Darul Ehsan.
ISU dalam kes ini ialah sama ada wang pampasan insurans nyawa boleh dianggap sebagai harta pusaka atau sebaliknya kerana seseorang yang mengambil insurans nyawa sama ada melalui syarikat insurans konvensional atau secara Islam, beliau akan mencarum sejumlah wang tertentu setiap bulan.
Menurut Akta Insurans, insurans nyawa yang diambil pencarum terbahagi kepada dua jenis iaitu insurans nyawa yang dilantik penama dan insurans nyawa tidak dilantik penama. Pampasan insurans nyawa yang tidak dilantik penama adalah menjadi harta pusaka dan hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid.
Bagi pampasan insurans nyawa dilantik penama, ada dua keputusan mahkamah yang berbeza di mana dalam kes Re Man Minhat (1965) 2 MLJ 1 yang diikuti oleh kes Re Bahadun Hassan (1974) 1 MLJ 4, mahkamah memutuskan pampasan insurans nyawa menjadi hak penama.
Namun, dalam kes Re Ismail Rentah (1939) FMSLR 230 dan (1940) MLJ 98, Mahkamah Tinggi memutuskan sebaliknya di mana fakta kes lebih kurang sama dengan kes Re Man Minhat, penama adalah isteri si mati.
Hibah yang diberi dalam marad al-mawt dianggap sebagai pemberian melalui wasiat, pemberian kepada seorang waris (isteri) adalah tidak sah melainkan waris lain bersetuju. Surat penama tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup kerana tiada pindah milik kepada orang yang menerima.
Oleh itu, mengikut undang-undang Islam, jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris dan bukan menjadi milik isteri sebagai penama.
Hukum berkaitan penama sudah difatwakan pada 1973 di mana penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pejabat Pos, bank, insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang yang melaksanakan wasiat si mati untuk dibahagikan kepada orang yang berhak menurut pembahagian faraid.
Namun, penama bukanlah pemilik wang itu kerana penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Selepas mengeluarkan wang, penama hendaklah membahagikannya kepada waris mengikut faraid.
Dalam kes tuan, laporan polis boleh dibuat berkaitan tindakan balu arwah pecah amanah sebagai wasi pampasan insurans seperti dinyatakan dalam surat syarikat insurans kepadanya. Tuan juga boleh memfailkan kes di Mahkamah Sivil bagi tuntutan itu.
Namun, rujukan harus dibuat kepada fatwa berkaitan penggunaan wang insurans nyawa itu. Pada 1979, Kesatuan Ulama Fiqh Dunia yang bersidang di Makkah, majoritinya memutuskan insurans jenis perniagaan sama ada ke atas barang perniagaan, nyawa dan lain-lain daripada jenis harta adalah haram.
Pada 1985, majoriti ulama sedunia mengharuskan insurans jenis kerjasama iaitu insurans termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu antara individu masyarakat yang menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan ditanggung berdasarkan syarat ditetapkan oleh syarak.
Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan memutuskan hukum memakan wang daripada wang insurans nyawa bagi syarikat insurans yang mengamalkan kegiatan bertentangan dengan hukum syarak adalah haram.
Maka, tuan perlu meneliti sama ada syarikat insurans arwah menjalankan kegiatan yang menurut hukum syarak atau tidak sebelum membelanjakan wang pampasan itu. Jika syarikat berkenaan tidak menjalankan kegiatan mengikut hukum syarak, wang daripada insurans selepas pencarum meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pusaka.
Hanya wang pendahuluan atau wang yang dibayar setiap bulan oleh si mati saja menjadi harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut faraid.
Berbincanglah secara baik dengan balu arwah serta dapatkan khidmat guaman yang meliputi undang-undang sivil dan hukum syarak supaya pembahagian dan penggunaan wang insurans itu menurut hukum syarak.
Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot.
Personaliti: Pakaian kanak-kanak ciri Islam jadi misi Anizah
Oleh Hasliza Hassan
CANTIK: Anizah bersama koleksi pakaian di kedainya di Butik Al Amin Kids, SACC Mall, Shah Alam.
MELENTUR buluh biar dari rebungnya. Itulah yang cuba diterapkan pemilik butik Al Amin Kids, Anizah Zainudin, tatkala menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menyediakan koleksi pakaian kanak-kanak bercirikan Islam dan moden.
Walaupun awalnya idea memasarkan baju kanak-kanak bercirikan Islam disebabkan kesukaran yang dihadapi setiap kali mencari baju untuk empat anak perempuannya, tetapi lama-kelamaan timbul kesedaran untuk memenuhi tanggungjawab fardu kifayah.
Katanya, jika beliau menghadapi kesukaran mencari pakaian menutup aurat memenuhi cita rasa anaknya, sudah pasti ibu yang mempunyai anak perempuan yang inginkan pakaian cantik tetapi tidak melanggar batasan syariah berhadapan dengan masalah sama.
"Memang ada pakaian yang cantik untuk anak perempuan di pasaran tetapi seakan tidak lengkap. Sebabnya anak saya hendak pakai tudung, jadi mereka tidak mahu pakai baju lengan pendek. Jadi, hendak cari yang benar-benar menutup aurat, sukar.
"Setiap kali hari raya saya pasti berhadapan dengan masalah mencari baju untuk anak. Jika dapat pun satu saja dan saya perlu mencari tiga lagi. Nak tempah boleh tetapi harganya agak mahal," katanya pada pertemuan di Butik Al Amin Kids di SACC Mall Shah Alam.
Tidak menafikan ada pakaian yang bagi kanak-kanak bertudung tetapi potongan serta rekaannya tidak sesuai kerana kebanyakannya meniru gaya pemakaian orang dewasa, hanya saiz saja dikecilkan.
Sedangkan katanya, naluri kanak-kanak mereka teringin untuk kelihatan seperti rakan sebaya yang lain dan pada masa sama, mengekalkan niat murni memakai tudung bagi memenuhi tuntutan disyariatkan agama.
"Alhamdulillah, niat memakai tudung lahir daripada hati anak saya sendiri. Selalunya mereka memakai tudung saya tetapi nampak tidak comel apabila kanak-kanak memakai tudung orang dewasa. Jadi, saya mula memikirkan bagaimana hendak memenuhi keperluan mereka.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR) selama tujuh tahun berkata, pada mulanya timbul rasa cuak untuk terbabit secara serius dalam bidang perniagaan pakaian kanak-kanak.
Bagaimanapun, memikirkan usaha itu bukan saja akan menyelesaikan masalah yang dihadapi malah, turut membantu ibu lain, beliau memberanikan diri dan pada 1 Julai tahun lalu, Butik Al Amin Kids memulakan operasi.
Anak kelahiran Kuala Selangor itu mengakui kini seronok kerana niat membimbing anak kecil menjaga batasan aurat seawal usia dua tahun mendapat sambutan daripada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan.
Bakal menyambut ulang tahun butik yang akan melangkah usia satu tahun awal Julai nanti, beliau kini merancang mengembangkan koleksi pakaian kepada golongan remaja bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mementingkan penampilan anak gadis mereka.
Katanya, cabaran besar dihadapi ialah menghasilkan rekaan baju yang sesuai dengan gaya hidup remaja hari ini memandangkan dirinya tidak mempunyai asas dalam bidang rekaan dan tekstil.
Selain itu, beliau juga ingin memberi satu imej baru supaya gaya kanak-kanak bertudung di Malaysia dapat lari daripada imej tudung kanak-kanak Indonesia yang kian membanjiri pasaran tempatan.
Antara lain, beliau mula meninjau rekaan tudung dari Syria yang dilihatnya lebih sesuai untuk menampilkan gaya bertudung yang kemas kepada kanak-kanak serta penampilannya tidak jauh berbeza dengan gaya tudung biasa dipakai golongan wanita Malaysia.
"Ketika melancong ke Syria bersama keluarga, saya ditanya adakah kami berasal dari Indonesia kerana anak saya semua bertudung. Melalui pengalaman ini, saya mahu menukar persepsi hanya kanak-kanak Indonesia saja yang bertudung.
"Ini mungkin disebabkan potongan tudung mereka sudah terkenal. Kerana itu jika boleh saya mahu kanak-kanak di Malaysia mempunyai cara pemakaian tudung yang apabila dilihat orang luar, mereka tahu itu kanak-kanak Malaysia. Inilah cabaran bagi saya," katanya.
Menyentuh mengenai rahsia untuk menarik pelanggan, beliau berkata, selain kualiti Al Amin menawarkan harga berpatutan supaya jenama itu dapat dimiliki dan tergantung sebagai sebahagian koleksi pakaian kanak-kanak di negara ini.
Anizah berkata, pesanan Rasulullah SAW kepada orang Islam yang berniaga supaya tidak meletakkan keuntungan yang tinggi dan sentiasa jujur kepada pelanggan menjadi prinsipnya untuk terus kekal dalam bidang itu.
Beliau turut mengikut nasihat Rasulullah SAW supaya peniaga mengekalkan kualiti yang banyak supaya dapat menguasai pasaran dengan memastikan koleksi pakaian Al Amin sentiasa ada bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Malah, beliau kini sibuk berbincang dengan beberapa pihak yang berminat menjadi stokis untuk membekalkan pakaian koleksi Al Amin kepada mereka yang ingin menjadi pengedar di luar Lembah Klang.
Melihat kepada kedudukan Al Amin yang semakin mendapat perhatian pelanggan, Anizah mengakui tidak menyangka mampu merealisasikan cita-cita membantu ibu bapa hari ini yang berusaha menerapkan nilai Islam dalam kehidupan anak mereka.
Katanya, selain pegangan akidah yang teguh, pembentukan identiti remaja dapat dibentuk melalui pakaian kerana pakaian boleh menjadi perisai iman apatah lagi jika cara berpakaian menurut syariat sudah dimulakan sejak dari kecil lagi.
"Pernah orang melihat anak saya bertudung berkata, jangan kecil saja bertudung tetapi besar nanti buka. Saya yakin dengan didikan yang betul serta pengawasan daripada kecil, penampilan ini akan berkekalan hingga mereka dewasa.
"Harapan saya, usaha ini dapat menjadi asas dakwah yang baik terutama apabila melihat pakaian remaja hari ini yang agak membimbangkan dan pada masa sama, ibu bapa sukar mencari pakaian sesuai cita rasa anak remaja mereka.
"Mungkin koleksi remaja Al Amin bercirikan Islam dan moden yang sedang dirancang dapat membantu ibu bapa dan remaja membentuk identiti Muslimah moden," katanya.
PROFIL
Anizah Zainudin
Tarikh lahir: 27 Disember 1974
Tempat lahir: Kuala  Selangor
Pendidikan: Ijazah sarjana muda Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Suami: Nasaruddin Abu Bakar
Anak: Nur Amira, 9 Nur Aisyah, 7 Nur Huda, 6 Nur Husna, 4
Budak, pejuang mangsa terbaru Israel
Angka terbaru itu menjadikan sekurang-kurangnya 497 orang, hampir semuanya warga Palestin dan pejuang di Gaza, maut sejak rundingan damai Israel-Palestin disambung semula November lalu.
Petugas perubatan Palestin berkata mayat budak perempuan berusia 9 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang dibedil kereta kebal Israel di perkampungan Qarara, timur Khan Yunis.
Ketika pencerobohan dan operasi tentera Israel berterusan, askar Zionis itu menembak mati pejuang Hamas, kata petugas perubatan itu.
Jurucakap tentera Israel berkata pasukan tenteranya menyerang pejuang Palestin di Semenanjung Gaza yang didakwa cuba melancarkan roket ke Israel dari kawasan berkenaan.
Jurucakap itu turut mendakwa beliau tidak mengetahui sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
Israel sering menghantar anggota tentera darat dan udaranya menceroboh Gaza atas alasan menyekat serangan roket dan bom mortar.
Pergerakan Hamas menguasai Gaza setahun lalu apabila pejuangnya dapat menumpaskan pejuang Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.
Mesir cuba menjadi orang tengah bagi menamatkan keganasan di sempadan Israel-Gaza. - Reuters/AFP
Tak faham sejarah   punca hubungan etnik renggang
Oleh  Faiza Zainudin
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Prof Dr Chandra Muzaffar, berkata halangan itu wujud kerana mereka tidak mahu memahami, walaupun peruntukan perkara berkenaan seperti kedudukan agama Islam dan fungsi bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan.
Beliau berkata, keengganan mereka berbuat demikian boleh menimbulkan masalah kepada negara pada masa depan kerana rakyatnya tidak jujur antara pelbagai kaum.
“ Walaupun sejarah negara boleh difahami dengan pelbagai cara, mereka tidak ikhlas (melaksanakannya), inilah masalah berlaku di Malaysia bila rakyat tidak jujur.
“Bila sebut perkara berkaitan Islam, mereka takut dan menentang. Sikap ini perlu diubah untuk menjalin integrasi erat antara masyarakat pelbagai kaum,” katanya ketika menyampaikan ceramah Islam dan Masa Depan Hubungan Antara Kaum di Malaysia, di sini, semalam.
Forum itu dipengerusikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali dan Pengerusi yang juga CEO Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.
Beliau berkata, selain itu, masyarakat Islam di negara ini berpecah belah mengikut ideologi politik mereka dengan parti Umno menampilkan identiti lebih mirip kepada kemelayuan dan Pas lebih Islam daripada Melayu.
Katanya, keadaan itu menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam, tambahan pula jika ada pemimpin tidak bersikap telus dan rasuah.
Mengenai krisis makanan dan kenaikan harga minyak yang melanda dunia hari ini, beliau berkata, perkara itu boleh dielakkan sekiranya pemimpin kembali kepada ajaran Islam dengan tidak mengamalkan unsur riba.
Tinta Citra: Didikan agama hindar pengaruh negatif
Oleh Fadzlena Jaafar
fadzlena@bharian.com.my
KISAH video lucah 'lakonan' peneroka berusia 50-an dengan gadis muda awal 20-an yang menghiasi akhbar minggu lalu, mengejutkan masyarakat khususnya penduduk luar bandar termasuk kawasan felda yang masih menganggap seks atau zina satu isu 'taboo' yang sepatutnya tidak diperkatakan secara umum.
Apa tah pula gadis yang menjadi teman seks peneroka itu layak dipanggil anaknya. Malangnya, dia yang menjadi racun kepada gadis muda itu. Namun, tidak boleh hanya meletakkan kesalahan kepada peneroka berkenaan kerana gadis muda itu dikatakan melakukan aksi panas itu dengan rela hanya untuk mendapatkan bayaran RM20.
Bagi lelaki berkenaan, pastinya keseronokan yang dicari, tetapi kita tertanya-tanya apa yang dicari gadis berkenaan? Pastinya bukan duit yang dikehendaki kerana dengan RM20 hari ini seseorang itu hanya mampu bertahan mungkin dua hari. Mungkinkah keseronokan yang dicari atau sekadar ingin memenuhi hawa nafsu?
Berbanding Barat yang sudah menerima seks di luar perkahwinan sebagai perkara biasa termasuk di kalangan remaja mereka, masyarakat Timur yang masih berpegang kuat kepada nilai budaya dan agama, zina dipandang jijik.
Namun, sama ada suka atau tidak itulah hakikatnya keadaan hari ini di Malaysia. Walaupun dianggap satu kepantangan, generasi muda hari ini tidak lagi melihat keperluan untuk terus memelihara kesucian mereka sehingga sah bergelar isteri atau suami sebagai satu kemestian.
Masih ingat satu kajian kontroversi yang dijalankan oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu yang mendapati hampir semua remaja dalam kajiannya mengaku pernah melakukan hubungan seks? Meskipun ramai yang mempertikaikan dapatan kajian itu, melihat kepada senario hari ini, tidak keterlaluan jika kita boleh menyimpulkan ada benarnya kajian itu.
Kenapa ini berlaku? Mungkin ada yang marah jika dikatakan keterbukaan masyarakat khususnya ibu bapa menjadi punca kepada pelbagai permasalahan seks remaja hari ini. Lihat saja di sekeliling kita. Ramai gadis muda Melayu yang tidak malu mengenakan baju sendat dan separa bogel yang mendedahkan dada, perut dan paha mereka.
Malah, ada remaja yang tidak segan-silu berpelukan dan berciuman di khalayak ramai. Apabila ditegur, bukannya mereka malu dengan teguran berkenaan sebaliknya kita pula yang dimarahi. Silap haribulan, mungkin juga kita yang dipukul si teman lelaki kerana dikatakan menyibuk dan memalukan mereka.
Dalam hubungan ini saya bersyukur terhadap didikan abah dan emak dulu. Abah saya agak tegas orangnya. Paling saya ingat antara peraturan rumah kami (walaupun tidak bertulis) ialah setiap jam 7 petang semuanya mesti ada di rumah. Tidak pernah sekalipun kami keluar selepas matahari tenggelam untuk melepak bersama teman di kampung.
Malah, boleh dikatakan hampir tidak pernah kami keluar berjalan ke pekan bersama teman sebaya melainkan bersama emak dan abah. Mungkin kerana takut dengan abah ataupun sememangnya sejak kecil kami tidak dibiasakan dengan kegiatan sebegitu menyebabkan tidak pula memberontak sehingga curi-curi keluar tanpa pengetahuan emak dan abah.
Berbanding pula senario hari ini yang mana anak remaja terutama lelaki bebas keluar rumah termasuk pada malam hari sehinggakan ada yang hanya balik ke rumah apabila ayam sudah mula berkokok. Ibu bapa pula sedikit pun tidak menegur jauh sekali memarahi perbuatan anak berkenaan.
Jika ada yang menganggap pengalaman saya adik beradik itu sebagai kehidupan yang membosankan, saya berpendapat sebaliknya. Sekurang-kurangnya, apabila kami berhijrah ke kota untuk melanjutkan pengajian tidak pula terikut-ikut dengan budaya negatif yang menghantui remaja.
Justeru, tidak salah rasanya jika ada pihak yang menuding jari kepada ibu bapa apabila anak mereka terbabit dalam perlakuan negatif termasuk jenayah. Saya berpendapat, jika didikan sedari kecil sudah betul, tentu anak membesar menjadi insan yang positif.
Saya berani berkata begitu kerana selain pengalaman sendiri, saya juga melihat kepada pengalaman beberapa teman lain. Biarpun sejak kecil sudah duduk di kota, didikan agama dan nilai murni yang menjadi pegangan mereka berupaya menghindari mereka daripada ‘bisikan’ yang ingin menyesatkan.
Dalam hubungan ini, bapalah yang berperanan besar dalam memastikan laluan hidup anak mereka sama ada positif ataupun negatif kelak. Sebagai ketua keluarga, bapalah yang akan menentukan kehidupan keluarganya.
Ingatlah, cabaran membesarkan anak bukan mudah. Kita tidak tahu anasir apa yang mempengaruhi anak kita kelak, tetapi jika sejak kecil didikan agama dan moral sudah dipupuk dalam diri si kecil, Insya-Allah itulah yang akan menjadi bekalan mereka.
Kepada semua bapa khususnya abah di Pontian, Selamat hari Bapa!
Keputusan Tabung Haji legakan bakal jemaah
Bayangkan daripada serendah RM2,000 untuk mengerjakan haji pada 1970-an, ia kini naik berlipat kali ganda. Setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Tabung Haji bagaikan berdepan dilema apabila kos penginapan di Tanah Suci dan harga minyak naik. Pada masa sama, ia tidak mahu membebankan rakyat Malaysia yang ingin menunaikan fardu haji dengan kenaikan kos sejajar dengan kenaikan di luar kawalannya itu. Namun, kuota haji negara kekal 27,000 atau 0.001 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia. Meskipun Tabung Haji mengekalkan kos mengerjakan haji, ia juga menerima bahang kenaikan harga minyak dan kita tidak pasti selama mana Tabung Haji boleh bertahan, seperti juga kebanyakan syarikat lain. Tabung Haji yang tidak melupai tanggungjawab sosialnya berdepan pelbagai cabaran untuk menguruskan jemaah haji dan persiapan berikutan pelbagai perubahan berlaku di Tanah Suci. Makkah mengalami perubahan fizikal pesat melalui projek pembangunan seperti pembesaran masjid, meroboh bangunan lama dan digantikan bangunan baru serta perluasan kawasan tertentu. Semua perkembangan ini memberi kesan terhadap kadar sewa rumah penginapan jemaah haji. Jika kenaikan 20 atau 30 peratus, ia perkara biasa tetapi kini ia melonjak sehingga 300 peratus. Andainya Tabung Haji menaikkan kos mengerjakan haji selepas ini, misalnya pada tahun depan, rakyat perlu memahaminya kerana ia di luar kawalan. Kita berharap Tabung Haji akan terus melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik di samping meningkatkan lagi pengurusan jemaah haji di Tanah Suci. Tabung Haji kini adalah syarikat berdaya maju apabila secara keseluruhannya, mencatat keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM1.066 bilion pada 2007, iaitu kali pertama melepasi paras RM1 bilion. Malah, simpanan terkumpul Tabung Haji pada 31 Disember lalu turut meningkat RM16 bilion berbanding RM14.7 bilion pada 31 Disember 2006.
Majlis fatwa arah PTPTN   ubah kaedah kira caj
Oleh Norfatimah Ahmad
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Alor Star, Kedah, baru-baru ini.
“Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.
“Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.
Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.
Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar, bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.
Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.
Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.
Sentral: Mais sedia serah semula pentadbiran 7 masjid
Oleh Rafidah Mat Ruzki
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan menyerahkan semula tujuh masjid serta dua surau yang ditadbir mereka selepas diambil alih daripada kariah rumah ibadat berkenaan, dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Timbalan Setiausaha Mais, Abdul Halem Hapiz Salihin dalam kenyataannya yang difakskan ke Berita Harian, semalam, berkata itu akan dilakukan jika semua saman yang difailkan kariah terhadap Mais, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahli Jawatankuasa (AJK) lama serta Kerajaan Selangor, ditarik balik.
Tujuh masjid berkenaan ialah Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh; Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya; Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya; Masjid Mujahideen, Damansara Utama; Masjid Al-Mukarramah, Bandar Seri Damansara; Masjid Al-Munawarrah, Seksyen 27 Shah Alam dan Masjid Al-Faizin, Desa Jaya, Kepong, manakala dua surau pula membabitkan Al-Madaniah, USJ 18, Subang Jaya dan Ar-Rahman, Seksyen 8, Shah Alam.
Kenyataan itu juga menyebut keputusan itu dibuat dalam Persidangan Mais kelmarin dipengerusikan Pengerusi Mais, Datuk
Mohamad Adzib Mohd Isa.
"Mais turut menetapkan kriteria baru untuk pemilihan calon pegawai masjid serta AJK masjid dengan menambahbaik syarat kelayakan seperti umur calon, tinggal tetap dalam kariah masjid, akhlak mulia selain kelayakan minimum," katanya.
Pada masa sama, Mais turut bersetuju mengekalkan jawatan Pengurus, Timbalan Pengurus dan Penolong Pengurus sebagai imam, bilal dan siak manakala pelantikan nazir serta AJK baru hendaklah mengikut peruntukan Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor) 1995 (Pindaan) 2001.
Beliau berkata, persetujuan Mais untuk menyusun semula jawatankuasa di bawah seliaan Mais ialah untuk penambahbaikkan mengikut kepakaran dan pengalaman ahli yang dilantik selaras dengan prinsip ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Kenyataan itu juga menyebut Mais bersetuju untuk mencelah dalam permohonan semakan kehakiman difailkan oleh Titular Roman Catholik Archbishop terhadap Menteri Keselamatan Dalam negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menggunakan kalimah
Allah dalam penerbitan dibuat oleh orang bukan Islam.
"Mais akan mencelah untuk menyatakan bantahan terhadap permohonan itu dan sudah melantik peguam untuk mewakili Mais.
"Selain itu, Mais turut bersetuju dengan keputusan mesyuarat Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak/Sivil kali ke 18 yang memutuskan supaya orang bukan islam yang hendak memeluk Islam tidak perlu memaklumkan kepada mereka sebelum memeluk Islam, melainkan secara sukarela," katanya.
Satu lagi kata putus penting dibuat dalam Persidangan Mais kelmarin ialah terus mempertahankan kedaulatan institusi raja dan kesucian agama Islam selain menjunjung taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai ketua agama Islam negeri itu.
Jakim buat penilaian '100 Hari 100 Kereta' esok
Oleh Nazura Ngah dan Mohamed Farid Noh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu akan dibuat Panel Kajian Syariah Jakim yang akan bermesyuarat bagi merungkai kekeliruan yang timbul di kalangan orang ramai berhubung peraduan itu.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan disertai Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Anan C Mohd; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Penasihat Kanan Bahagian Undang-Undang Celcom, Jalaluddin Mokhtar.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menentang hasrat syarikat telekomunikasi mengadakan pelbagai kempen, tetapi sentiasa mengingatkan mereka bahawa jika sesuatu hadiah yang ditawarkan itu memberikan konotasi ada unsur merugikan, ia hendaklah dielakkan.
"Jika ini berlaku, saya berpendapat mereka boleh cari dan cipta pendekatan lain. Contohi mekanisme seperti Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dilaksanakan Bank Simpanan Nasional (BSN)... wang yang dilaburkan tidak hilang dan hadiah pula diperoleh.
"Bagaimanapun, bagi saya unsur perjudian hanya boleh dikategorikan jika sejumlah wang yang dilaburkan itu tidak membawa pulangan atau faedah kepada individu terbabit, maka hukumnya judi dan judi itu haram," katanya.
Hadir sama Wan Mohamad; Pengarah Jawi yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali dan Pengarah Eksekutif Yayasan Salam Malaysia, Md Ghani Ibrahim.
Khamis lalu, akhbar melaporkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyifatkan peraduan '100 Hari 100 Kereta' anjuran Celcom sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.
Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri selepas mengambil kira cara peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan menerapkan unsur tidak sihat, termasuk perjudian.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyarankan syarikat terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk merujuk kepada Jakim sebelum mengadakan sebarang peraduan bagi mengelakkan sebarang pertikaian.
"Kita bukan menghalang kreativiti, tetapi kalau peraduan yang boleh mendatangkan kekeliruan terutama dalam aspek membabitkan hukum agama, maka ia hendaklah dirujuk pada pakar sebelum diadakan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah, yang ditemui di Subang, berkata pihaknya yakin mesyuarat Jakim esok akan membuat ketetapan yang berpihak kepada mereka kerana yakin promosi yang dilakukan tidak bercanggah dengan Syarak.
Katanya, sebelum promosi dijalankan, Celcom sudah menjalankan kajian selain mendengar pandangan daripada panel peguam Syarie serta merujuk kepada Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Kita yakin peraduan itu tidak berunsur perjudian tetapi disebabkan persepsi yang berbeza, Celcom memutuskan untuk mendengar sekali lagi pandangan Jakim yang akan diketahui Selasa ini," katanya yang enggan mengulas lanjut kerana Celcom akan membuat kenyataan bersama Jakim selepas mesyuarat itu.
Ucapan salam pulihara kemurnian persaudaraan
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
Bersandarkan kepada ikatan persaudaraan, akan terbina kesatuan masyarakat yang memiliki satu rasa dan matlamat dibimbing oleh keimanan kepada Allah yang dapat mengelak berlakunya perpecahan.
Walaupun berlainan keturunan, bahasa, bangsa, pangkat dan sebagainya, namun tetap di bawah keimanan sama, bersaudara kerana Allah.
Dalam soal ini, Abdullah Nasih Ulwan menegaskan, "tidak ada persaudaraan tanpa iman dan tidak ada iman tanpa persaudaraan." Penegasan itu selari dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu." (Surah al-Hujurat, ayat 10)
Manusia yang sememangnya hidup bermasyarakat, konsep persaudaraan dalam Islam itu sangat penting difahami dan dihayati dengan bersungguh-sungguh.
Apabila disebatikan dalam kehidupan dengan penuh teliti seperti digariskan Islam, akan melahirkan gambaran sebuah masyarakat saling tolong-menolong, lengkap-melengkapi, bersifat kasih-sayang dan kenal-mengenal.
Berkenal-kenalan antara satu dengan lain membawa keuntungan besar kepada seluruh kaum Muslimin iaitu menguatkan persatuan, memperbesar lingkungan persaudaraan dan mengelak pertelingkahan mengakibatkan perpecahan dan pertumpahan darah.
Bagi memupuk persaudaraan ukhuwah Islamiah, setiap Muslim harus menelusuri dua jalan penting. Pertama ialah iman kerana sepanjang langkah perjalanan hidup umat Islam hendaklah berpandu dan berhukum dengan al-Quran dan sunnah Rasul SAW.
Sentiasa ada upaya untuk menghindar tersasar daripada garisan syariat supaya setiap urusan, pekerjaan dan aktiviti seharian berpaksi kepada iman dan seterusnya memperoleh keredaan Allah.
Menurut Husnie Adham Jarror dalam bukunya Bercinta dan Bersaudara Kerana Allah berpendapat bahawa menyebarkan salam bukan hanya sekadar bergetar di bibir saja, namun mencakupi tiga maknanya.
Salam yang diucapkan orang pertama kepada orang kedua, akan dapat mengikat hati dua insan bersaudara itu dengan ikatan kasih sayang. Ucapan salam pada saat pertama berjumpa, sungguh mententeramkan dan membuatnya kekal bersamanya.
Ucapan itu melimpahkan kebaikan yang banyak dan mengalirkan keberkatan mulia daripada Allah melalui kalimah yang mendoakan kerahmatan serta keberkatan Allah kepada yang menerima salam.
Umat Islam hendaklah mengekalkan persaudaraan demi kekuatan ummah yang menggerunkan pihak musuh serta membolehkan kedudukan Islam dihormati di mata dunia.
Usaha menyebarkan salam dan mengukuhkan persaudaraan boleh dijayakan dengan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh merosakkan hubungan seperti bersikap mementingkan diri, berhasad dan suka menunjuk kelebihan diri.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu berdengki dan janganlah kamu menipu, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu membelakangkan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hamba Allah bersaudara."
Orang Islam bersaudara tidak boleh ia menganiayanya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaan) dan tiada boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya.
Demikianlah beberapa larangan Rasulullah SAW kepada setiap orang Islam untuk memelihara kemurnian hidup persaudaraan yang tiada dibatasi oleh kekeluargaan, warna kulit, keturunan dan kedudukan.
Benarlah apa yang digambarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang terkenal bermaksud: "Bandingan orang Mukmin dalam bercinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong-tolongan mereka seperti bandingan satu badan, apabila sakit satu anggota daripadanya tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam."
Sifat malu kunci didikan rohani berakhlak mulia
Oleh Aminudin Mansor
Kita tidak mahu remaja terhalang mengejar kemajuan oleh sebab sifat malu yang terlalu tebal. Bagaimanapun, pada masa kini keseluruhannya remaja kita sudah tidak mempunyai sifat malu.
Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib (hina, rendah) kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah.
Manusia diciptakan Allah dengan sempurna, salah satu sifat yang patut ada dalam diri seseorang insan adalah malu terutama sekali berasa malu kepada Allah jika melakukan perbuatan terlarang.
Jika manusia mengetahui Allah memberikan pelbagai macam kenikmatan kepada manusia seperti kenikmatan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk merasa dan nikmat paling besar berupa iman kepada Allah.
Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia beriman.
Bagi remaja, malu adalah kunci mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti luhur.
Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ia menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.
Tetapi sebaliknya, bagi orang yang sudah tidak memiliki rasa malu, dia berasa seronok apabila melakukan perbuatan tidak patut dilakukan sekalipun ramai orang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama.
Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu." (Hadis riwayat Imam Malik)
Tokoh Islam, Sulaiman Darani pernah berkata, "seseorang yang berbuat sesuatu perbuatan kerana didorong empat sebab; rasa takut, mengharap pahala, mengagungkan Allah dan rasa malu. Semulia-mulia mereka ialah orang yang berbuat kerana malu."
Sikap ini bersumber kepada keyakinan bahawa Allah selalu melihat kepadanya pada setiap waktu dan keadaan, rasa malunya berbuat kebajikan lebih besar daripada malunya dalam berbuat kemaksiatan. Manusia yang bersifat seperti ini akan mendapat balasan daripada Allah.
Kita pernah mendengar peribahasa Melayu menyatakan, "Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan." Sifat malu seperti ini tidaklah kita kehendaki dalam masyarakat kerana disebabkan terlalu pemalu sehingga menyusahkan diri sendiri.
Apa yang ditegaskan ialah sifat malu melakukan sesuatu bertentangan ajaran Islam. Sifat malu seperti ini amat dituntut dalam pendidikan rohani.
Rasulullah SAW adalah seorang yang terlalu baik perangainya, seorang paling mulia akhlaknya, tinggi ketaatan kepada perintah Allah dan segala tugas kewajipan kemasyarakatannya serta selalu menahan diri daripada segala larangan-Nya.
Diriwayatkan daripada Abi Sa'id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: "Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Malu sebenar-benarnya adalah ikatan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup beragama kerana antara iman dan malu itu suatu ikatan yang utuh dan tidak dapat dipisahkan antara satu dengan lain.
Kajian ahli psikologi menyatakan, sifat malu dapat membantu membaiki akhlak seseorang, sementara sifat pemalu yang tidak betul pada tempatnya boleh menjejaskan imej seseorang. Jika rasa malu hilang maka secara beransur-ansur sifat insannya menurun, sampai kepada darjat yang paling rendah.
Oleh itu, asuhan sejak kecil penting kepada anak supaya mereka memiliki sifat malu positif iaitu mengikut ajaran Islam. Tugas ibu bapa mendidik anak dengan menanamkan rasa dan sifat malu dalam diri mereka.
Sudah menjadi fitrah kejadian manusia itu sendiri, apabila manusia diberi akal sempurna hilang daripadanya sifat malu, maka ia akan menjadi ganas bahkan lebih ganas daripada haiwan tidak berakal.
Manusia yang hilang rasa malu akan berbuat semahunya tanpa mempedulikan adanya aturan dan kesopanan dalam masyarakat, menjadi liar, rakus dan kurang ajar. Tidak hairanlah jika kita mendengar gejala bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan, melakukan perbuatan maksiat, terbabit penagihan dadah, pil khayal yang mengancam remaja dewasa ini.
Sudah tentu perkara seumpama tidak akan berlaku jika remaja mempunyai sifat malu, berbudi bahasa, berakhlak mulia dan menjauhkan perbuatan keji ini.
Hanya iman yang kuat dalam diri remaja dapat menghindarkan segala perbuatan yang boleh merosakkan diri, bangsa dan negara. Ingatlah remaja hari ini adalah pelapis dan pemimpin negara pada masa depan. INTI PATI
Sifat malu mengikut Islam
Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.
Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu alamat kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.
Bagi remaja, malu adalah kunci yang mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang luhur.
Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ini menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.
Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Malu itu sebahagian daripada iman.
Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.
Tajdid Iman: Nasihat ikhlas tak sembunyi agenda
Bersama Dr Juanda Jaya
SIFAT manusia memang sentiasa mahu dirinya dipandang baik. Jika orang lain memburuk-burukkan diri kita, tentu saja reaksi pertama kita akan tonjolkan ialah marah. Manusia tidak boleh menerima nasihat jika ia berada pada kemuncak kebongkakan dan kezaliman dirinya.
Jarang sekali orang yang tinggi ilmu, berkuasa, kaya, hebat, berjaya dan bahagia mahu menerima teguran, nasihat dan pandangan orang lain. Kerana dia berasa sudah memiliki segala-galanya, tiada kecacatan dan keaiban yang boleh menjejaskan dirinya.
Kecuali, mereka yang disentuh hatinya oleh rahmat Allah, sentiasa mencari aib diri, membandingkan kelemahan pengamalan agamanya dengan kesempurnaan pengamalan agama orang lain.
Nasihat ialah ubat bagi jiwa, cahaya menerangi kegelapan, petunjuk menjadi penyelamat, jalan keluar daripada kekusutan dan penyelesaian bagi setiap masalah. Untuk itulah manusia dibekalkan hati dan fikiran supaya boleh menyaring setiap nasihat baik untuk menjadi pedoman hidupnya.
Sedangkan al-Imam al-Syafie saja boleh berlapang dada menerima nasihat daripada guru beliau, Waki' Ibnul Jarrah. Mengapakah kita yang kurang ilmu, cetek pemikiran, keras jiwa dan buta hati kadang-kadang mengamuk apabila seseorang menegur kesilapan kita.
Imam al-Syafie pernah menghadap Khalifah Harun al-Rasyid. Beliau memberi salam dengan ucapan Assalamualaika ya Amirul mukminin wabarakatuh. Khalifah tidak suka mendengar salam yang tidak lazim disebut itu kerana al-Syafie tidak menyebut warahmatullah. Kemudian al-Syafie berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya rahmat Allah itu sudah pun berada di hati tuan, tidak perlulah saya menyebutkannya."
Beliau sudah membuka hati Amirul Mukminin, sekali gus melembutkannya supaya baginda tidak terasa hati apabila mendengar nasihatnya. Kemudian beliau membacakan firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah sudah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia menjadikan orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (Surah al-Nur, ayat 55)
Imam Al-Syafie berkata: Demikianlah Allah menepati janjinya kerana sekarang baginda sudah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman."
Ada pula yang sengaja menyembunyikan kelemahan saudaranya dan suka memuji saja. Apabila saudaranya itu terjatuh ke dalam lubang kehancuran maka si pengampu cepat-cepat menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana tiada keikhlasan dalam persahabatan mereka.
Amalan meminta nasihat ulama dan pandangan pakar untuk memperbaiki iman dan keadaan negara sebenarnya sudah menjadi amalan Khalifah yang pernah memerintah dalam sejarah umat Islam. Salah satu contoh boleh diambil teladan ialah tabiat Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang meminta alim ulama untuk menasihati beliau secara terbuka mahupun melalui surat bertulis.
Baginda pernah meminta seorang yang alim lagi warak setaraf ilmu dengannya iaitu al-Imam Hasan al-Basri supaya memberi nasihat. Surat al-Hasan datang dan menyatakan: "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan pemimpin adil itu umpama tongkat yang menguatkan mana yang condong, tempat berlindung orang teraniaya, memperbaiki mana yang rosak, menjadi kekuatan bagi orang lemah, membela orang tertindas dan tempat mengadu orang yang kemalangan."
"Wahai Amirul Mukminin, pemimpin adil adalah laksana gembala menggembalakan unta yang dikasihinya, dihalau ke padang subur rumputnya, dihindarkan daripada tebing curam, dijaga supaya tidak dimakan binatang buas, dipelihara supaya jangan mati kepanasan dan kedinginan."
"Wahai Amirul Mukminin, pemimpin adil ibarat hati dalam tubuh insan, baik tubuh badan itu kerana kebaikannya dan rosak pula kerana kerosakannya. Pemimpin adil itu adalah seorang yang sentiasa berdiri di sempadan antara Tuhannya dan rakyatnya. Dia mendengar kalam Allah lalu disampaikan kepada rakyatnya. Dia melihat kuasa Allah lalu disampaikan pandangannya itu kepada mereka supaya berpegang semua rakyat kepada kuasa Allah, dia membimbing tangan rakyatnya menapak jalan kebahagiaan."
"Ingatlah, wahai Amirul Mukminin mengenai keperitan maut, maka sediakanlah bekalan untuk menghadapi mati dan selepasnya. Tuan akan berpindah ke suatu tempat yang belum pernah tuan diami. Tuan akan berada di sana pada masa tersangat lama, akan ditinggal oleh segala yang tuan cintai, sunyi, tak berkawan. Ingatlah betapa hebatnya ketika isi kubur dibongkarkan dan isi hati dikuakkan. Semuanya sudah ditulis, yang kecil dan halus atau yang besar daripada setiap perbuatan."
"Untuk itu wahai Amirul Mukminin, janganlah tuan menjatuhkan hukuman kepada hamba Allah dengan kejahilan dan jangan memilih wakil daripada mereka yang bersifat sombong lagi takbur. Nanti mereka tiada berbelas kasihan kepada rakyat jelata dan tidak bertanggungjawab. Padahal yang akan memikul dosa mereka ialah diri tuan sendiri."
"Janganlah tuan terpedaya oleh orang di sekeliling tuan yang mendapat kesenangan dunia kerana kedudukan tuan, nanti tuan akan kehilangan nikmat akhirat. Jangan dipercayai kekuatan tuan hari ini, ingatlah ketika tuan lemah berdiri di hadapan Allah, pada majlis yang dihadiri malaikat, nabi dan rasul. Hari itu seluruh wajah tertunduk ke bumi lantaran hebatnya kuasa Ilahi."
"Adapun diri hamba ini wahai Amirul Mukminin, meskipun nasihat hamba ini tiada kelebihannya dibandingkan nasihat orang terdahulu, namun cinta hamba kepada tuan tidaklah berkurangan. Terimalah surat dan nasihat hamba ini umpama semangkuk ramuan ubat yang diberikan oleh seorang amat cinta kepada sahabatnya yang sakit, walaupun pahit disuruh juga sahabatnya itu menelan kerana berharap sangat akan kesembuhannya."
Dalam surat ini kita menemukan cinta sejati antara seorang hamba Allah kepada saudaranya seagama. Seseorang yang ikhlas amat menyukai nasihat dan teguran membina, sebaliknya membenci pujian memabukkan.
Bagaimanakah cara menenangkan hati dan perasaan ketika menerima teguran? Supaya kita tidak terasa sakit dan boleh melapangkan dada dengan penerimaan yang tulus? Beberapa perkara berikut perlu diambil perhatian;
Yakin dan percaya bahawa pandangan kita betul tetapi mengandungi kemungkinan salah, sedangkan pendapat orang lain salah tetapi mengandungi kemungkinan betul.
Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihatlah apa yang dikatakan.
Teguran itu mungkin ilham daripada Allah yang dititipkan melalui insan lain.
Bersangka baik kepada penasihat, dia menasihati kita kerana cinta dan sayang.
Syukur dan reda kepada Allah bukan kepada orang yang memberi nasihat.
Apabila hubungan insan ditegakkan atas asas nasihat, teguran, amar makruf nahi mungkar dan dakwah kepada kebaikan nescaya akan tertegaklah umat yang bersih, ikhlas dan maju ke hadapan. Kerana amalan mereka saling menjaga dan membimbing ke jalan yang diredai Allah.
Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my
Kerjasama ubah persepsi negatif terhadap IPTS
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Bersama Presiden dan Naib Canselor Management & Science University (MSU), Prof Datuk Mohd Shukri Ab Yajid
Pertama, saya ingin mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang baru. Pelantikan ini adalah kesinambungan kepada kepemimpinan menteri sebelum ini, Datuk Mustapa Mohamed. Malah, menteri baru juga meneruskan komitmen menjayakan dasar Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Kita sedia maklum bahawa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Malaysia berkembang pesat secara berperingkat sejak 20 tahun lalu. IPTS kini memainkan peranan besar sekiranya dilihat dari segi nisbah enrolmen pelajar antara IPTA dan IPTS yang hampir seimbang, iaitu mencecah 50:50. Selain itu, banyak IPTS turut melabur berjuta-juta ringgit dalam membangunkan sektor berkenaan, sekali gus memberi peluang pekerjaan yang banyak dan menyediakan peluang pendidikan kepada ramai pelajar. IPTS juga komited ke arah usaha menjana modal insan bagi menjayakan aspirasi negara.
Ada tujuh teras utama digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguhkan penyelidikan dan inovasi, memperkasa IPT, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi. Pelan ini pasti akan membantu merangsang kemajuan IPTS dengan mengimbang serta menangani dikotomi antara IPTA dan IPTS di Malaysia. Apabila dikotomi polisi ini dapat diseimbangkan, IPTS berpeluang memainkan peranan lebih luas bagi menyeimbangkan akses dan ekuiti dalam bidang pengajian tinggi. Pada masa sama, ia juga dapat membetulkan persepsi bahawa graduan IPTS adalah graduan kelas kedua dan IPTS pula institusi kelas kedua.
Bagaimanakah isu dikotomi antara IPTA dan IPTS akan menjejaskan perkembangan bidang pengajian tinggi negara.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara meletakkan asas tiada perbezaan antara IPT di Malaysia, sama ada IPTS mahupun IPTA, dalam memastikan kejayaan agenda pendidikan tanah air. Justeru, sekiranya isu dikotomi polisi antara IPTA dan IPTS tidak ditangani, ia akan memberi impak terhadap kualiti pengajian tinggi negara. Malah, ia akan merencat perkembangan dalam mengoptimumkan modal insan di IPTS seperti dalam konteks keseimbangan akses dan ekuiti serta memperteguhkan penyelidikan dan inovasi. Dari perspektif pelajar yang bakal memasuki IPT pula, mereka memperoleh persepsi negatif mengenai kualiti dan pilihan 'academic pathway' di IPTS.
Persepsi sebegini, sekiranya meluas dan merata, akan membantut pembangunan modal insan pada masa depan. Sebagai contoh, pelajar di sekolah bandar mungkin memperoleh maklumat serta persepsi kualiti dan pasaran kerjaya lebih luas berbanding rakan mereka di sekolah luar bandar. Berikutan itu, pelajar yang terikat dengan persepsi dikotomi ini akan beranggapan bahawa melanjutkan pelajaran ke IPTS adalah kelas kedua, tiada kualiti dan bidang pengajian tidak menjurus kepada kerjaya pilihan mereka. Sekiranya obsesi dikotomi ini tiada, saya percaya kita boleh membuka pintu lebih luas kepada pelajar untuk menentukan 'academic pathway' pilihan mereka, secara langsung melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian diminati bagi merealisasikan cita-cita, bukan atas persepsi bahawa kemasukan ke universiti tertentu saja boleh menjadi pilihan kualiti dan kerjaya.
Masalah dikotomi ini dapat ditangani dengan pelaksanaan sepenuhnya Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. IPTS juga perlu menterjemahkan pelan strategik itu dalam institusi masing-masing yang natijahnya nanti memastikan kualiti semua IPT pada masa akan datang dapat dipertingkatkan. Justeru, saya melihat komitmen daripada semua pihak berkepentingan dalam pelan strategik ini amatlah kritikal, sama ada Kementerian Pengajian Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), IPTA, IPTS, badan penaja seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), badan profesional, pensyarah, pelajar dan ibu bapa. Keseragaman polisi juga akan memberi kesan optimum kepada perkembangan IPTS. Misalnya, mana-mana IPTS yang sudah mencapai tahap atau kualiti ditetapkan MQA, harus mendapat sokongan daripada semua `stake holder' lain seperti Jabatan Pengajian Tinggi, PTPTN dan badan profesional untuk memperkasakan IPTS berkenaan.
Dengan ada komitmen menyeluruh sedemikian, sudah tentu tiada rasa curiga terhadap IPTS di kalangan pembuat dasar, badan penaja, pensyarah mahupun pelajar dan ibu bapa. Management & Science University (MSU) misalnya, sentiasa peka kepada kualiti pendidikan sebagai teras kecemerlangan dengan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan, selain memperkukuh jalinan berterusan dengan pihak industri. Seterusnya, MSU juga menawarkan pilihan bidang kritikal yang memenuhi tuntutan pasaran kerjaya supaya dapat mencungkil potensi terbaik daripada pelajar, secara langsung memberi mereka peluang untuk menjadi graduan dan anggota masyarakat yang baik pada masa depan. Dalam pada itu, kita juga mengharapkan sokongan semua `stake holder' untuk terus menjadi kompetitif dan seterusnya meningkatkan akses ke IPT.
Memandangkan persepsi berikutan obsesi dikotomi ini boleh dikatakan sudah sebati dengan sebahagian besar masyarakat, apakah langkah boleh diambil kerajaan dan IPTS sendiri untuk mengubahnya.
Adakah Datuk setuju dengan pandangan bahawa satu lagi faktor persepsi negatif wujud terhadap IPTS ialah institusi ini dilihat sebagai 'mengejar pelanggan'.
Ini berbalik kepada soal dikotomi sebab kita ada mekanisme pengambilan pelajar berbeza untuk IPTA dan IPTS. Sekiranya semua IPT di negara ini dikehendaki mendapatkan pelajar sendiri, saya pasti tidak timbul persepsi sebegitu.
Adakah Datuk ingin mencadangkan polisi pengambilan pelajar seperti itu.
Dalam konteks jangka panjang, mekanisme pengambilan pelajar sebegitu patut dilaksanakan pada peringkat institusi bertaraf universiti. Saya benar-benar yakin bahawa pihak yang akan mendapat manfaat ialah pelajar sendiri kerana mereka boleh membuat pilihan terbuka untuk memasuki sebarang IPT sama ada IPTA atau IPTS. Berdasarkan polisi sedia ada, IPTA tidak perlu mencari pelajar kerana memang disalurkan menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi. Mekanisme ini juga akan merangsang semua IPT ke arah meningkatkan mutu penyampaian pendidikan dan perkhidmatan berkualiti dalam menarik kemasukan pelajar ke institusi masing-masing. Ini bermakna IPT yang benar-benar berkualiti akan 'survive'. Dengan itu pada masa depan, soal ingin 'mengejar' pelajar tidak akan timbul lagi.
Adakah ini bermaksud Datuk mencadangkan IPTA juga 'berdikari' seperti IPTS dari segi pengambilan pelajar pada masa depan.
Seperti disebut, mekanisme tertentu boleh dibina yang akan membolehkan pelajar membuat pilihan terbuka ke atas semua IPT. Mekanisme itu tertakluk kepada kajian dan kepentingan dasar negara pada masa depan. Dalam konteks ini, saya bukan menekankan faedah kepada IPTS, malah IPTS sebaliknya mungkin menghadapi lebih banyak masalah nanti berbanding sekarang tetapi itulah cara untuk maju ke depan pada pendapat saya. Yang penting, pelajar akan mendapat manfaat dan membuat pilihan sendiri, manakala IPT pula bertambah kompetitif.
Adakah penghapusan dikotomi ini boleh dilakukan.
Ia boleh dilakukan jika ada komitmen daripada semua 'stake holders'. Bagi saya Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara adalah satu 'blue print' yang cukup baik. MSU dan Kumpulan Kolej PTPL ingin sama-sama menjayakan pelan berkenaan bagi meningkatkan akses serta ekuiti ke IPT. Adalah wajar untuk semua pihak, termasuk MQA dan PTPTN, melihat dasar kemasukan 40 peratus kohort pelajar berumur antara 17 hingga 23 tahun ke IPT, sama ada IPTS atau IPTA. Penambahan tempat dan penajaan pelajar mesti berjalan seiring. Jika diambil contoh teras mengenai pengantarabangsaan IPT, semua `stake holder' sepatutnya menggalakkan usaha ke arah itu. IPTS mampu bekerjasama untuk membantu kerajaan dalam usaha pengantarabangsaan pengajian tinggi negara, dengan membawa jenama Malaysia ke luar negara dan menarik pelajar asing ke Malaysia.
Misalnya, MSU sudah membuka International Medical School di Bangalore, India. Justeru, sokongan daripada semua `stake holder' dan komitmen seperti aspek penajaan program pengajian di IPTS, akan memacu pelaksanaan pelan strategik. Dalam teras pendidikan dan inovasi, kemudahan geran yang seimbang dengan keupayaan IPTS juga patut diberikan kepada IPTS berkemampuan. Bagi teras akses dan ekuiti, pinjaman pendidikan PTPTN pada peringkat pengajian pasca-siswazah, patut turut diberikan kepada pelajar IPTS, bukan terhad kepada IPTA saja. Pada masa sama, suatu insentif komprehensif bagi pembangunan IPTS sebagaimana dilaksanakan di negara lain seperti Jepun, boleh dilakukan ke arah memacu IPTS dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Insentif untuk IPTS ini sudah lama pada peringkat perbincangan saja.
Adakah Datuk ingin mendesak supaya perkara itu disegerakan.
Ia boleh dilakukan serentak dengan tempoh pelaksanaan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Elemen perlu ada ialah komitmen dan input daripada semua 'stake holder'.
Apakah peruntukan insentif khusus tertentu untuk IPTS yang Datuk fikir perlu disegerakan.
Banyak cadangan insentif yang sudah dibincangkan pada masa lalu dengan Kementerian Pengajian Tinggi, boleh dilaksanakan sementara insentif baru pula bolehlah dilihat menjelang pembentangan bajet akan datang.
Institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan
Oleh Hidayah Mohammad
KASIH ibu membawa ke syurga, itulah tema sambutan Hari Ibu anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Wanita Ulu Kelang, Selangor, pada majlis minum petang yang diadakan di Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Walaupun hari berkenaan disambut untuk meraikan ibu di seluruh negara, Perkim mengambil pendekatan berbeza dengan menggalakkan ahli persatuan dan anak mereka untuk membantu insan lain yang lebih memerlukan seperti saudara baru, anak yatim serta warga emas.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menyambut baik pendekatan dilakukan, berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perkim perlu memainkan peranan dalam mempersiapkan generasi muda menghadapi cabaran keibubapaan pada era globalisasi.
“Jangan dalam kesibukan, kita alpa terhadap perkara asas iaitu kepentingan dalam hidup berkeluarga. Luangkan masa berkualiti untuk keluarga dan tingkatkan keberkesanan komunikasi antara ahli keluarga.
“Bagi ibu bapa pula, eratkan jalinan kemesraan dengan memberi ruang secukupnya kepada anak-anak dan jadilah pendengar setia kepada mereka. Sementara anak-anak pula, diharapkan dapat meluangkan masa bersama ibu dengan membalas sepenuh kasih sayang sebelum terlambat,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis berkenaan.
Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Perkim Kebangsaan, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Pengerusi Perkim, Datin Norlia Marzuki.
Rosmah berkata, masa depan menyaksikan semakin ramai wanita berdepan cabaran untuk mengimbangi antara tanggungjawab keibuan dan kerjaya. Kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar negara penting untuk memastikan ekonomi negara tetap kukuh, manakala institusi kekeluargaan terus utuh.
Sementara itu, Norlia berkata, antara aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Ibu itu termasuk mengutip dana bagi mengisi tabung untuk disumbangkan kepada saudara baru, anak yatim dan ibu tunggal yang biasanya disampaikan menjelang Ramadan.
“Pada pertemuan kali ini, Perkim berharap dapat membantu dari segi pembelajaran kepada anak saudara baru yang terdiri daripada anak orang asli. Antara lain, Perkim turut membantu penghuni rumah kebajikan yang didiami oleh anak yatim, warga dan golongan yang memerlukan menerusi kutipan derma daripada tetamu jemputan,” katanya.
Beliau berkata, Perkim turut mengimpikan untuk memiliki pejabat sendiri bagi memudahkan ahli Perkim yang mencecah sehingga 600 orang menjalankan aktiviti mingguan dan bulanan.
"Ditubuhkan sejak lapan tahun lalu tanpa memiliki pejabat sendiri, ahli Perkim terpaksa menggunakan rumah ahli yang sudi membenarkan bagi menjalankan aktiviti amal," katanya.
Bank Muamalat tawar pendidikan, pembiayaan selesaikan hutang
MENJADI lumrah masyarakat hari ini untuk merujuk kepada bank apabila dibebani hutang keliling pinggang.
Namun adakah ini sebaik-baik pilihan yang ada bagi si penghutang? Selepas hutang selesai, adakah wujud jaminan bahawa seseorang itu tidak akan lagi berhutang pada masa akan datang?
Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menerusi produk terbarunya, Muamalat Pembiayaan Peribadi-i menawarkan skim Pembiayaan Pelaburan yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah sedia ada sejak awal lagi.
Menariknya, skim yang berlandaskan prinsip syariah ini bukan saja satu pembiayaan, malah satu bentuk pelaburan yang dapat mengurangkan beban hutang.
Pepatah Melayu ada menyebut, 'sediakan payung sebelum hujan'. Dalam menangani isu hutang piutang, Bank Muamalat beranggapan skim ini ibarat 'menghulurkan payung ketika hujan' kepada pelanggan.
Ketua Bahagian Pembiayaan Peribadi Berstruktur Jabatan Pembangunan Perniagaan Pelanggan, Awang atau Musran Tawil, berkata pelancaran produk ini bukan semata-mata kerana keuntungan, sebaliknya menyedari tanggungjawab sosial yang perlu digalas menyebabkan Bank Muamalat yakin dapat membantu pelanggan menyelesaikan masalah mereka.
Katanya, ada anggota masyarakat menanggung bebanan hutang yang banyak sehinggakan ia menjadi satu tabiat. Ada kalanya, mereka ini berhutang tanpa mengambil kira kemampuan untuk membayarnya semula.
"Situasi ini akan mengundang masalah dan kesengsaraan bukan saja pada si penghutang, malah ditakuti membabitkan nyawa mahupun harta benda ahli keluarga terdekat. Pada ketika inilah, Bank Muamalat seharusnya menjadi pilihan," katanya lagi.
Muamalat Pembiayaan Peribadi-i adalah satu skim pembiayaan bertujuan menyediakan pelaburan bagi menyelesaikan hutang yang membebankan.
Sebagai permulaan, Bank Muamalat memperkenalkan skim ini kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan berkaitan di dalam Kementerian Pertahanan.
Awang berkata, anggota ATM dipilih berdasarkan umur persaraan iaitu pada usia 40 tahun, lebih awal daripada umur persaraan kakitangan awam yang lain.
"Kelompok ini mempunyai lebih kurang 15 tahun untuk menyara kehidupan mereka seterusnya. Paling membimbangkan, adakah nasib kelompok ini terbela?
"Jika mereka menerima wang pencen separuh daripada gaji ketika berkhidmat, adakah ia mencukupi? Sekiranya mereka ada hutang yang perlu diselesaikan, di manakah pula sumber mereka untuk mendapatkan wang. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kepada kelompok ini," katanya.
Sehubungan itu, Bank Muamalat menggariskan beberapa objektif utama bagi skim ini. Antaranya, Bank Muamalat akan memberikan pendidikan berterusan kepada golongan ini mengenai pengurusan kewangan.
Awang berkata, sesiapa juga yang mendaftar di bawah skim ini perlu mengambil tahu dan pada masa yang sama Bank Muamalat akan memperjelas apa yang mereka perlu lakukan. Dengan ada program turun padang, sesi taklimat dan kaunseling, segala tunjuk ajar bagaimana mengurus duit (wang) dengan betul akan diberi.
Katanya, pendidikan yang berterusan adalah sangat perlu supaya penghutang tidak berterusan menambah hutang.
"Pengurusan kewangan ini akan diajar sejak awal lagi. Kami akan memberitahu mereka supaya duit yang diberi, diternak dan selepas bersara, jumlahnya apabila dicampur dengan duit daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan gratuiti, pasti mencukupi, malah lebih daripada yang diperoleh ketika berkhidmat.
"Sesudah ada sejumlah duit yang banyak, sekali lagi pihak bank akan menasihatkan mereka supaya (wang itu) tidak digunakan untuk perkara lain, tetapi dilaburkan semula bagi mendapatkan pulangan lebih lagi," kata Awang.
Selain itu, skim ini menawarkan kadar keuntungan sangat kompetitif iaitu 5.5 peratus. Kadarnya yang tetap dan segala urusannya berlandaskan prinsip Syariah adalah antara ciri lain yang dapat menarik minat pelanggan.
Tambahan pula, Bank Muamalat memberi tempoh kewangan yang panjang iaitu 15 tahun daripada umur persaraan. Tempoh yang panjang membolehkan pelanggan membayar ansuran bulanan yang rendah.
Ternyata, skim yang kali pertama seumpamanya diwujudkan di dalam negara ini sangat komprehensif dalam memenuhi segala keperluan pelanggan.
Walaupun sebenarnya Bank Muamalat menghadapi risiko dan cabaran dalam memperkenalkan skim ini memandangkan belum ada bank lain menawarkan skim serupa, Bank Muamalat tidak mahu 'menghukum' seseorang itu hanya kerana kesilapannya berhutang. - Bernama
Konsep bersederhana bentuk ummah gemilang
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh
SETIAP manusia mengimpikan kehidupan yang baik dan sempurna. Jaminan kebahagiaan hidup menurut kaca mata Islam bukan sekadar keuntungan diperoleh di dunia semata-mata, tetapi wawasan lebih jauh harus difokuskan kepada hidup yang kekal abadi dalam alam akhirat.
Justeru, manusia digalakkan mengamalkan sifat istiqamah atau konsisten dalam beramal. Dorongan itu sebenarnya bertitik tolak daripada petunjuk wahyu al-Quran dan hadis.
Firman Allah bermaksud: "Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Surah Hud, ayat 112)
Ayat ini menjelaskan konsep istiqamah melaksanakan sesuatu perbuatan. Al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami Li Ahkam al-Quran menyatakan, istiqamah bermaksud berterusan dalam mendirikan perintah agama yang diperintahkan Allah kepada manusia.
Pada masa sama, manusia diberi amaran untuk tidak bersikap berlebih-lebihan atau melampaui batas dalam beramal dibimbangi akan mendatangkan kesan tidak baik seperti penat dan jemu.
Sehubungan itu, amaran selanjutnya ditegaskan Allah menerusi firman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka." (Surah Hud, ayat 112)
Kedua-dua ayat saling kait mengait antara satu sama lain kerana ia nampak sinonim mengaitkan hubungan membentuk budaya istiqamah dalam tindakan dengan pemilihan suasana yang baik untuk penerusan amal.
Pastinya, golongan zalim akan sentiasa mencari peluang memalingkan individu beriman yang sering berada dalam kebaikan secara berterusan ke lubang kebinasaan yang mendatangkan dosa dan perkara sia-sia.
Mewujudkan persekitaran yang baik dan harmoni serta menjauhi golongan melakukan kezaliman perlu digandingkan secara bersama sebagai faktor penentu kejayaan atau kegagalan amal yang direncanakan.
Istiqamah dalam amal perbuatan berkait rapat dengan kemampuan hamba melaksanakan sesuatu yang diperintahkan. Syarak menggalakkan ketaatan dilakukan mengikut kadar termampu dari sudut fizikal mahupun mental kerana yang penting adalah kualiti ibadat bukannya kuantiti.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang dilakukannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Pemahaman terhadap objektif di sebalik pensyariatan sesuatu hukum juga mesti diketahui untuk mengelakkan daripada melampau-lampau beramal secara membuta tuli. Kegagalan umat Islam memahami objektif syarak antara punca salah konsep dalam beramal.
Contohnya, ketaatan kepada pemimpin adalah wajib selama mana pemimpin tidak menyuruh kepada dosa dan kemungkaran. Namun, apabila ketaatan itu melampau-lampau sehingga sampai ke tahap berbunuhan antara satu sama lain dengan sebab arahan kepemimpinan, tentulah konsep imamah itu sudah jauh terpesong. Begitu juga sikap terlalu mengagung-agungkan pemimpin hingga menganggap semua kata-kata pemimpin itu betul dan tiada silapnya.
Dalam soal ibadah, pembahagian hukum diperjelaskan menerusi sistem nilai kepada lima iaitu wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Di sini pentingnya pemahaman keutamaan, iaitu mengutamakan yang lebih penting daripada kurang atau tidak penting. Hal ini nanti berkaitan pula dengan lima keutamaan hidup iaitu dari sudut menjaga agama, harta, nyawa, keturunan dan akal.
Semua konsep ini perlu difahami dan diketahui sebagai langkah awal menyusun keutamaan dalam beribadah secara konsisten serta mengelakkan melampau batas dalam beramal.
Kecelaruan memahami realiti ini menyebabkan ramai Muslim tidak jelas untuk apa dia beribadah. Dibimbangi juga sangkaan sudah sempurna amal, tetapi sebenarnya banyak ruang kosong yang terdedah sini sana.
Ada juga yang tersalah faham kononnya yang penting dalam beribadah adalah jumlah dan bukannya kualiti ibadah. Lantaran itu, sering berlaku pertelingkahan dan perbalahan dalam soal menentukan jumlah rakaat solat sunat.
Daripada Saidatina Aisyah yang bermaksud: "Datang seorang perempuan yang ingin menemui Rasulullah SAW, lantas Baginda bertanya: Siapakah perempuan ini? Jawab Aisyah, perempuan ini menyebut mengenai banyak dan baik solatnya. Sabda Baginda SAW: Hentikan. Bagi kamu atas apa yang kamu mampu. Demi Allah, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kamu yang sebenarnya berasa jemu. Perkara paling disukai Allah dalam urusan agama seseorang kamu ialah apa yang dilakukannya secara berterusan." (Hadis muttafaq alaih)
Teguran Rasulullah SAW terhadap solat seorang wanita yang disangkakan cukup sempurna, namun dibimbing Baginda kerana yang penting bukanlah banyak atau panjangnya solat, tetapi nilai ibadah itu kerana yang terbaik ialah ibadah dilakukan, walaupun sedikit tetapi berterusan daripada yang panjang, tetapi terhenti-henti.
Rasulullah SAW juga pernah menegur tiga lelaki yang datang ke rumah Baginda bertanyakan mengenai ibadah Baginda. Mereka juga membanding-bandingkan ibadah mereka dengan ibadah Nabi SAW yang disangkakan panjang kerana Nabi SAW maksum.
Lelaki pertama menyebut dirinya yang solat sepanjang malam tanpa tidur, lelaki kedua pula berpuasa sepanjang hari tidak berbuka dan lelaki ketiga tidak berkahwin dan menjauhi wanita. Mereka melakukan sedemikian kerana menyangkakan itulah bentuk ibadah yang baik.
Lantas diperbetulkan Rasulullah SAW dengan menyatakan bahawa Baginda berpuasa dan berbuka, bersolat dan duduk berehat serta mengahwini wanita. Hadis ini sebagai paduan dan pedoman bagaimana untuk beramal dengan cara yang betul dan sempurna menurut al-Sunnah.
Sesungguhnya ajaran Islam bukanlah untuk memberatkan mana-mana individu kerana Allah sebagai Pencipta syariat amat luas pengetahuan terhadap keperluan hamba-Nya. Justeru, setiap hukum yang dipertanggungjawabkan kepada Muslim adalah yang mampu dilaksanakan dan bersesuaian fitrah kejadiannya.
Benarlah firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: "Toha, tidaklah apa yang Kami turunkan kepadamu wahai Muhammad apa yang ada dalam al-Quran itu untuk memberatkan." (Surah Toha, ayat 1)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Allah menghendaki kepada kamu kemudahan dan Dia tidak menginginkan kesukaran buatmu." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Kedua-dua ayat memberi isyarat kemudahan dan kemampuan melaksanakan ibadah dalam Islam. Maka, kita digalakkan melakukan ibadah secara seimbang. Ibadat sunat menampung yang wajib, kelonggaran juga dibenarkan dalam keadaan tertentu supaya manusia tidak terasa bebannya.
Justeru, dalam melahirkan ummah gemilang sebagai aset terpenting pembinaan bangsa yang berjaya, penekanan terhadap konsep bersederhana perlu ditumpukan berpaksikan nas syarak dan pemahaman fiqh semasa bertunjangkan matlamat syariah.
Penulis ialah Penolong Pengarah Pusat Pemantapan Akidah (Jakim), Jelebu, Negeri Sembilan
Ufuk Minda: Penyerapan unsur budaya, integrasi dalam kehidupan
Bersama Prof Dr Sidek Baba
ASIMILASI adalah proses bagaimana penyerapan unsur budaya dan kehidupan daripada budaya yang berpengaruh terhadap budaya sukuan. Pengalaman pembudayaan Baba Peranakan di Melaka umpamanya adalah contoh proses penyerapan budaya Melayu terhadap orang mendatang.
Kesannya proses asimilasi mencetuskan rasa kasih sayang yang tinggi. Integrasi adalah proses menemukan nilai budaya yang serasi dan memiliki kepentingan bersama untuk diamalkan.
Nilai murni dalam sistem pendidikan kita sifatnya merentasi dan perlu bagi setiap manusia tidak kira apa latar belakang bangsa dan agamanya. Nilai bersih, bijaksana dan rajin adalah nilai murni yang amat diperlukan dalam hidup.
Apabila nilai itu disepadukan dalam kurikulum pendidikan, ia memberi faedah kepada pengamalnya. Dalam tradisi Islam, pendekatan asimilasi berlaku apabila ajaran Islam yang dominan memberikan corak akidah, pemikiran, resam budaya dan cara hidup penganutnya.
Walaupun Islam menganjurkan kreativiti berasaskan keperluan semasa dan setempat, asas akidah dan syarak tidak harus bercanggah. Sumber ajaran daripada al-Quran memberikan asas prinsip untuk dijadikan pedoman dan panduan.
Kaedah fikah memberikan pedoman bagaimana masalah baru berbangkit dapat didekati secara maslahah. Ia memberikan dinamik antara prinsip, realiti, antara masalah dan kemaslahatan.
Proses integrasi juga berlaku dalam tradisi dan tamadun Islam. Tamadun Islam amat terbuka terhadap faedah berbanding tamadun lain yang memberi manfaat. Konsep memberi manfaat kepada manusia sentiasa menjadi panduan dalam melakukan integrasi supaya ia menghasilkan sesuatu yang boleh dikongsi dan tidak bercanggah dengan Islam.
Mekanisme pengurusan kewangan Islam secara moden umpamanya disepadukan dengan faktor syariah yang mendasari pengurusan dan keputusan dalam urus niaga. Pengurusan kewangan Islam tidak boleh berjalan atas asas riba.
Hal sama juga berlaku dalam menghubungkan kepentingan teknologi tinggi bagi membantu perkembangan produk halal. Bioteknologi umpamanya apabila disepadukan dalam pendekatan menentukan halal haram makanan dan ubat-ubatan amat membantu umat Islam. Teknologi tinggi itu memberi manfaat kepada kualiti kepenggunaan bagi menentukan halal dan kebersihan sesuatu barang.
Proses asimilasi dan integrasi dalam Islam tidak menolak kepentingan budaya sesuatu bangsa berkembang. Orang Melayu menggunakan baju Melayu atau baju kurung, dalam masa sama, orang lelaki bersongkok dan perempuan bertudung. Faktor baju Melayu dan baju kurungnya ialah faktor budaya dan berpakaian secara menutup aurat adalah ajaran Islam.
Orang Cina Islam menggunakan sepit apabila makan. Jenis makanan dan budaya turun-temurunnya adalah sedemikian. Tetapi mereka memakan benda halal dari sudut syarak. Menggunakan sepit adalah budaya dan memakan benda halal sesuatu yang dituntut agama.
Perkembangan berbahasa orang Melayu umpamanya mengalami proses asimilasi dan integrasi sekali gus. Istilah azan dan solat umpamanya mengalami proses asimilasi terhadap panggilan 'bang' dan 'sembahyang'.
Malah, ada ribuan istilah al-Quran dan bahasa Arab yang diasimilasikan ke bahasa Melayu. Perkataan amanah, nasihat, berkat, adil, khurafat, dakwah, hukum umpamanya diasimilasikan ke dalam penggunaan bahasa Melayu supaya ia membawa makna yang tepat dan maksud dikehendaki serta selari dengan syarak.
Genre atau jenis puisi seperti pantun adalah satu-satunya yang asli milik orang Melayu. Kebijaksanaan ulama-seniman-karyawan pada masa lalu mengintegrasikan nilai Islami dengan genre puisi memberikan kesan besar terhadap pemikiran orang Melayu.
Pantun, Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga, membawa mesej budi serta amalan yang tinggi nilainya di sisi budaya manusia dan anjuran agama.
Ia selari hadis Rasulullah SAW yang membawa maksud: "Apabila mati anak Adam, tiga perkara terus terhubung antara yang pergi dan tinggal, iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh."
Faktor globalisasi dalam memberi makna terhadap budaya popular tidak lagi bersifat menyerap dan bersepadu. Ia ibarat pisau tajam yang menusuk diri manusia, menimbulkan kecelaruan dalam memahami budaya yang bermanfaat.
Budaya popular Barat yang menjadi tarikan generasi muda kini adalah pancaran daripada satu masyarakat resah jiwanya dan gundah perasaannya terlihat dalam kreativiti seni yang kacau dan tidak memberi pedoman kepada kehidupan murni. Ia tidak memancarkan gelora jiwa tidak keruan dan akhirnya tidak memancarkan seni tinggi yang mendukung adab serta akhlak insan.
Perspektif IKIM: Pendekatan Islam asas kekuatan Melayu
Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
Masyarakat Muslim diseru terus memperkukuh ekonomi demi keutuhan bangsa
MENURUT peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 160), orang Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, lahir sebelum Merdeka atau pada hari merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura.
Tambah lagi dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan. Kedudukan itu membolehkan Kerajaan Persekutuan membelanja wang Persekutuan untuk membangunkan institusi Islam bagi kepentingan umat Islam yang rata-rata orang Melayu.
Dalam hal ini kerajaan sudah mendirikan pelbagai institusi berkenaan dan menanggung belanja/kos operasi serta pengurusannya bagi kepentingan umat Islam.
Di samping itu, berdasarkan satu kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 18 April 2001 dan disokong Mahkamah Rayuan pada 19 September 2005, bahawa Islam adalah satu identiti bangsa yang tidak boleh dipisahkan daripada orang Melayu seperti diperuntukkan Perkara 160.
Maka, berdasarkan keputusan itu orang Melayu tidak boleh membuang aspek Islam dalam identitinya kerana ia sebahagian daripada takrif Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, tindakan seseorang Melayu meninggalkan agama Islam (menjadi murtad) adalah tidak sah dari segi Perlembagaan kerana tindakan itu membawa implikasi menukar bangsa seseorang sedangkan bangsa adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti.
Berdasarkan huraian yang jelas berkaitan perhubungan Islam dan Melayu dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan keserasian antara Islam dan budaya Melayu, Islam dan Melayu adalah sinonim dan agenda untuk membangun kekuatan Melayu dalam semua aspek perlu diasaskan kepada pendekatan Islam.
Ia termasuk membangun kekuatan ekonomi. Lebih penting daripada itu, pendekatan Islam memiliki ciri yang maju, berdaya saing dan bersesuaian dengan fitrah manusia. Ciri berkenaan pada hakikatnya menjamin kejayaan.
Merujuk kepada al-Quran dan hadis Nabi SAW, perspektif tepat kepada pentingnya orang Melayu berusaha menguasai kekuatan ekonomi adalah seperti berikut:
# "Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia menundukkan (pula) bagimu sungai. Dan Dia menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim, ayat 32-34)
# "Apabila sudah ditunaikan solat, maka bertebarlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (Surah Al-Jumuah, ayat 10)
# "Mencari rezeki yang halal adalah satu kewajipan kepada setiap orang Islam." (Hadis riwayat At-Tabarani)
# "Sesungguhnya kamu meninggalkan keluargamu dalam keadaan berharta adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa sehingga terpaksa meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
# "Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
# "Sembilan persepuluh sumber rezeki ada dalam perniagaan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
# "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi, orang yang benar dan para syuhada' (pada hari akhirat nanti)." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Daripada ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW, kita dapat satu pandangan dan panduan bahawa setiap individu Melayu perlu berusaha membabitkan dan memajukan pencapaian kedudukan ekonomi masing-masing.
Di samping Islam menyeru setiap penganutnya berusaha memantap kedudukan ekonomi mereka, Islam turut menganjur kepada pendekatan menyusun masyarakat dan kegiatan ekonomi melalui prinsip al-'Adl wal Ihsan.
Prinsip al-'Adl wal Ihsan ini menganjurkan bahawa sistem ekonomi dalam negara mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan ekonomi dan ekonomi muafakat. Kedua-dua unsur itu adalah asas kepada pencapaian perjalanan sistem ekonomi yang teratur, cekap dan berdaya saing.
Keadilan ekonomi yang menepati prinsip al-'Adl membawa pengertian mendalam. Secara ringkas, beberapa ciri berikut dapat menjelaskan keadilan dalam perjalanan sistem ekonomi:
# Setiap individu sebagai pemegang amanah Allah berhak memiliki harta tertakluk kepada syariah dan menjaminkan harta sentiasa mengalir dalam sistem ekonomi menerusi kegiatan ekonomi pada tiap masa semungkin. Negara wajib merancang ke arah pencapaian itu melalui dasar fiskal dan kewangan.
# Setiap individu mempunyai kebebasan untuk menceburi dalam setiap urusan ekonomi yang dibenarkan syariah. Tidak ada golongan boleh menggagalkan kebebasan itu. Negara dengan itu mempunyai tanggungjawab dalam mengawal bahawa kebebasan ini benar-benar dapat dilaksana.
# Setiap individu dalam negara semestinya dapat memenuhi keperluan asasinya yang mana tanpa keperluan itu ia akan menjejaskan kebajikannya dan seterusnya masyarakat. Menurut Imam al-Ghazali, keperluan itu dapat dipenuhi menerusi pemeliharaan keimanan, kehidupan, intelek, keturunan dan kekayaan mereka. Negara bertanggungjawab memastikan matlamat itu tercapai melalui semua dasar dikemukakan.
# Setiap faktor menyumbangkan kepada proses pengeluaran ekonomi hendaklah mendapat ganjaran setimpal dengan sumbangan mereka. Sistem pulangan yang positif kepada faktor modal dengan berlandaskan sistem riba adalah diharamkan. Begitu dengan mekanisme ekonomi lain yang berunsur penindasan (zalim).
# Setiap peruntukan sumber negara hendaklah mengikut keutamaan keperluan rakyat. Panduan syariah perlu diikuti dalam hal itu.
# Setiap bentuk pembaziran sama ada dalam bentuk projek atau perayaan yang hendak dilaksanakan atau pembaziran yang terdapat dalam proses pengeluaran, pengagihan dan penggunaan mestilah diminimumkan dan jika mampu, dihapuskan.
Ekonomi muafakat yang menepati prinsip al-Ihsan pada hakikat sebenar akan terlaksana dengan wujudnya keadilan ekonomi (hasil daripada pelaksanaan prinsip al-adl). Islam menganjurkan semua unit ekonomi bekerjasama (bermuafakat) dalam menjalankan kegiatan ekonomi.
Setiap unit ekonomi sama ada, sektor awam atau swasta, pengguna atau pengeluar, pekerja atau majikan, golongan kaya dan miskin sepatutnya mempunyai matlamat yang satu, iaitu menghayati semangat muafakat dan kasih sayang.
Oleh itu, setiap unit ekonomi perlu saling bantu membantu antara satu sama lain kerana pada hakikat mereka saling memerlukan. Pendekatan itu menjalin kestabilan dan keutuhan perjalanan sistem ekonomi.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maha suci Allah yang menjadikan berpasang-pasang semuanya, iaitu apa-apa ditumbuhkan di bumi dan diri mereka sendiri dan apa-apa yang tidak mereka ketahui." (Surah Yassin, ayat 35)
Dapat dirumuskan bahawa Islam menganjurkan perhubungan ekonomi secara muafakat, bukan secara penipuan dan penindasan. Bahkan, prinsip al-ihsan (muafakat) adalah inti kepada keutuhan kegiatan ekonomi negara.
Jika individu Melayu menghayati Islam pada peringkat individu dan menyusun sistem ekonomi bernegara, natijah akhir sudah pasti umat Melayu Islam akan mampu memperkukuhkan kekuatan ekonomi demi kesejahteraan ummah dan masyarakat negara umumnya.
Penulis ialah Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Tanah MAIWP dibina surau
SETIAP tanah rizab Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan komersial dan bercampur diwajibkan membina sebuah surau yang mampu memuatkan sehingga 1,000 jemaah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi memastikan sekiranya timbul keperluan untuk dibina masjid di kawasan tanah rizab berkenaan, surau terbabit boleh dinaik taraf menjadi masjid.
"Surau itu akan dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan. MAIWP sedar akan timbul keperluan untuk dibina masjid dan institut pendidikan agama di tapak berkenaan pada masa datang," katanya ketika menjawab soalan asal Senator Datuk Rizuan Abd Hamid di Dewan Negara, semalam.
Beliau berkata, MAIWP akan sentiasa memantau kegiatan dan aktiviti yang akan dijalankan di projek pembangunan yang bakal dibangunkan supaya ia tidak melanggar kehendak syarak.
Mengenai tanah rizab Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Mukim Batu, Kepong, beliau berkata, MAIWP bercadang untuk membangunkan kampus Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) yang baru.
Kuota haji percuma
KUALA LUMPUR: Kuota menunaikan ibadat haji percuma yang dikhaskan kepada golongan tidak berkemampuan terutamanya warga emas mungkin akan dilaksanakan oleh kerajaan pada setiap kali musim haji akan datang.
Difahamkan seramai 100 jemaah akan ditempatkan di bawah kuota itu jika ia dilaksanakan pada setiap musim haji bagi memberi peluang kepada golongan yang benar-benar tidak berkemampuan terutama warga emas untuk menunaikan ibadat itu.
Bagaimanapun, mekanisme pelaksanaannya sedang dibincangkan tetapi masih pada peringkat awal kerana urusan itu mungkin membabitkan penambahan kuota yang perlu dibincangkan di peringkat negara ini dengan Arab Saudi.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi perbincangan mengenainya masih terlalu awal untuk menentukan bila dan bagaimana ia akan dilaksanakan kerana membabitkan banyak perkara.
"Kita ada dimaklumkan dan sedang berbincang mengenainya tetapi ia masih terlalu awal. Jika ia dilaksanakan Kita tidak mempunyai masalah kerana ia membabitkan prosedur biasa seperti mana jemaah haji yang lain, " katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Undang-undang tidak jelas 'aniaya' wanita
Oleh Halina Mohd Noor
-berita harian, citra, 20/05/08
MENARIK: Noor Aziah (tengah) berbincang dengan peserta yang hadir pada Wacana Hadhari: Pembelaan Wanita Melalui Undang-Undang di UKM, baru-baru ini.
JIKA diteliti dan diamati, undang-undang sedia ada di negara ini belum dapat membela hak wanita sepenuhnya. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sesetengah undang-undang yang ada hanya 'menjerat' wanita, manakala sesetengahnya lagi bagaikan tidak pernah wujud akibat kurang kesedaran di kalangan pihak yang melaksanakannya.
Antara yang paling ketara misalnya undang-undang membabitkan kes dadah yang terlalu 'straight forward' (lurus) sehingga tanpa disedari menganiaya wanita tidak bersalah. Berdasarkan satu kajian dijalankan di Penjara Wanita Kajang oleh Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, kebanyakan penghuni penjara berkenaan dihukum penjara akibat jenayah yang dilakukan suami yang menjual dadah.
Noor Aziah berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk, Pembelaan Wanita Melalui Undang-Undang di Malaysia pada Wacana Hadhari di UKM baru-baru ini. Wacana berkenaan bermatlamat menyingkap perkembangan hak wanita dari zaman penjajahan sehingga kini dan menganalisa sama ada hak wanita di Malaysia benar-benar terbela melalui undang-undang sedia ada.
Noor Aziah yang juga Pengetua Kolej Dato Onn, UKM, berkata amat menyedihkan apabila undang-undang yang siap digubal hanya sekadar dibuat sebagai 'kertas pembungkus kacang putih' dan diperap sehingga dilupakan kewujudannya. Ironi sekali apabila timbul sesuatu perkara berkaitan dengannya, undang-udang yang sama digubal semula.
Justeru, katanya, amat penting sebarang perubahan atau penggubalan undang-undang di war-warkan bagi membolehkan kewujudan sesuatu undang-undang disedari dan diketahui umum terutama di kalangan mereka yang menguatkuasakan undang-undang berkenaan seperti pihak polis atau mereka di jabatan agama.
"Rujukan secara bersilang perlu ada di antara mahkamah sivil, syariah dan mereka yang menguatkuasakannya. Pihak polis juga perlu diberikan kursus bagi membolehkan mereka menyedari mengenai sesuatu undang-undang. Misalnya bagi kes suami gagal membayar nafkah, walaupun waran tangkap dikeluarkan terhadap suami, polis enggan melaksanakannya dengan alasan ia bukan bidang tugas mereka," katanya.
Secara keseluruhan, pembelaan ke atas wanita seakan tiada penghujungnya akibat keliru terhadap undang-undang sedia ada dan tiada keupayaan untuk melaksanakannya secara tersusun.
"Sekarang ini terdapat aliran suami yang meliwat isteri. Perbuatan ini tentunya menakutkan dan boleh mencederakan isteri. Itulah sebabnya ia boleh didakwa kerana berlaku keganasan. Undang-undang ini bukan diwujudkan secara membuta tuli, tetapi perlu ada bukti. Masalahnya, wanita tidak berani bercakap hal seksual kecuali ketika meminta fasakh," katanya.
Selain keliru, masih ada undang-undang yang belum digubal membabitkan beberapa isu yang dikenal pasti mampu membela nasib wanita. Antara yang masih dipersoalkan, mengapa hingga kini masih tiada undang-undang berkaitan gangguan seksual? Apa yang ada hari ini cuma Kod Etika Gangguan Seksual yang sehingga kini belum terbukti mampu membela mangsa gangguan seksual.
Tanpa undang-undang gangguan seksual, wanita ibarat berlindung di bawah payung bocor. Mangsa biasanya tertekan, malu akibat tohmahan yang dilemparkan dan akhirnya terpaksa berhenti kerja.
Lebih menyedihkan terdapat undang-undang yang berat sebelah dan menzalimi wanita seperti kes membabitkan wanita hamil luar nikah, hanya wanita dihukum sedangkan lelaki terlepas. Anak yang tidak sah taraf juga dibebankan kepada wanita semata-mata sedangkan bapa biologi patut memikul tanggungjawab sama.
Jika sebelum ini Mahkamah Syariah dikritik hebat kerana dianggap tidak membela hak wanita, namun sehingga kini ia sudah menunjukkan peningkatan. Malah, kajian pada 2001 mendapati kes perceraian dapat diselesaikan secepat mungkin.
Bagaimanapun, ini bukan bermakna ia bebas daripada kelemahan. Perintah mahkamah syariah yang masih dipandang rendah serta diabaikan seperti waran tangkap ke atas suami yang gagal membayar nafkah gagal dilaksanakan kerana ia lebih banyak bergantung kepada pegawai polis.
"Masalah potongan gaji gagal menyelesaikan kes tuntutan nafkah. Sewajarnya satu unit nafkah ditubuhkan seperti dilakukan di New Zealand. Majlis agama dan Baitulmal boleh bekerjasama dengan membayar nafkah kepada anak berkenaan dan ia terhutang kepada bekas suami.
"Satu lagi hak yang tidak diketahui wanita ialah apabila bekas suami gagal membayar nafkah anak, wanita boleh menuntut nafkah berkenaan daripada keluarga sebelah suami seperti bapa mentua mahupun saudara lelaki sebelah suami. Peruntukan ini ada, tetapi kita tidak menggunakannya. Tambahan pula wanita malu hendak meminta-minta.
"Bagaimanapun wanita harus ingat, hak penjagaan anak yang diterima mereka adalah bersifat sementara saja sedangkan hak sebenarnya adalah kepada wali termasuk saudara lelaki sebelah suami. Wanita perlu tahu punca tanggungjawab itu," katanya.
Noor Aziah turut menyentuh mengenai undang-undang keluarga bukan Islam yang dianggap masih belum selesai sehingga kini seperti akta memperbaharui undang-undang (perkahwinan dan perceraian), khususnya perenggan S 51 iaitu apabila salah satu pihak kepada perkahwinan bukan Islam memeluk Islam. Ia membabitkan hak pemeliharaan anak daripada perkahwinan bukan Islam, nafkah isteri bukan Islam apabila suami memeluk Islam dan pembahagian harta.
"Berkenaan perenggan S 51, perlu diwujudkan satu perbincangan dengan pelbagai agama dan kaum di negara ini. Pada masa ini, pihak bukan Islam boleh buat tuntutan perceraian di mahkamah dalam tempoh tiga bulan selepas pasangan memeluk Islam. Mengapa kena tunggu tiga bulan kerana yang bukan Islam, misalnya isteri tidak ada tempoh edah seperti wanita Islam? Mengenai hak penjagaan anak, ibu berhak memelihara anak walaupun dia bukan Islam," katanya.
Katanya, masalah utama lelaki yang masuk Islam sering membawa sekali anak memeluk Islam. Isu pusaka juga belum selesai kerana si suami ada dua perkahwinan iaitu Islam dan bukan Islam. Pasangan yang bukan Islam perlu membuktikan kedudukan mereka sebagai isteri atau suami bagi menuntut harta.
"Bagi mengatasi masalah ini, tiada salahnya kesyumulan undang-undang syariah dipanjangkan kepada bukan Islam bagi memastikan nasib wanita bukan Islam terus terbela. Ini kerana undang-undang sivil tidak mampu memberikan keadilan kepada wanita bukan Islam.
"Undang-undang Islam untuk orang bukan Islam bukan sesuatu yang mustahil. Ini terbukti apabila wanita bukan Islam terpaksa mengemukakan bukti untuk menuntut harta suami yang peluk Islam, sedangkan dalam Islam, wanita berhak mendapat sepertiga daripada harta suami selepas diceraikan," katanya.
Wanita Malaysia tidak kira apa saja agama mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai undang-undang yang boleh membela nasib mereka. Kelebihan ini memberikan wanita 'senjata' untuk mengatasi masalah mahupun penganiayaan yang berlaku ke atas diri mereka sama ada di tempat kerja dan rumah. Pelaksanaan undang-undang perlu dipertingkatkan kerana tanpanya, undang-undang umpama ular tanpa bisa.
INFO: Undang-undang yang dianggap kontroversi?
Perkosaan dalam perkahwinan.
Gangguan seksual.
Akta memperbaharui undang-undang perkahwinan & perceraian.
Kegagalan membayar nafkah kepada isteri dan anak oleh suami.
Seksyen 51-Bila salah satu pihak kepada perkahwinan bukan Islam memeluk Islam.
Hak pemeliharaan anak dari perkahwinan bukan Islam bila salah satu pihak memeluk Islam.
Hak nafkah isteri bukan Islam apabila suami memeluk Islam.
Hak menukar agama anak jika salah satu pihak kepada perkahwinan bukan Islam memeluk Islam.
Hak harta perkahwinan dari perkahwinan bukan Islam apabila salah satu pihak memeluk Islam.
Kesukaran memohon cerai.
Unitar mansuh kaedah belajar e-learning
Timbalan Presiden (Akademik dan Penyelidikan) Unitar, Prof Datuk Dr Mohamed Mahyuddin Mohamed Dahan, berkata keputusan itu diambil kerana lebih 75 peratus pelajarnya adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa dan boleh mengikuti kuliah ditetapkan universiti.
Katanya, tindakan memansuhkan e-learning juga berikutan pengurusan kolej mendapati kebanyakan pelajar sepenuh masa yang mengikuti pembelajaran secara maya gagal memanfaatkan masa terluang hingga menjejas pencapaian akademik mereka.
“Menyedari keperluan kebanyakan pelajar Unitar ketika ini lebih kepada sepenuh masa, Unitar mengambil kaedah pembelajaran konvensional sepenuhnya iaitu mengadakan kuliah secara bersemuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang mulai semester Mei ini.
“Tindakan ini diambil kerana kebanyakan pelajar gagal mengawal masa mereka untuk belajar, sebaliknya cenderung menggunakannya untuk melepak atau melayari internet bukan untuk pendidikan.
Mohamed Mahyuddin berkata, bermula semester Mei ini juga, Unitar memperkenalkan tiga kursus baru iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sarjana Pentadbiran Perniagaan - Keusahawanan dan Program Universiti Westminster, United Kingdom.
Katanya, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditawarkan menerusi Fakulti Pendidikan dan Sosial turut menerapkan ciri keusahawanan serta pelbagai kemahiran berkaitan pendidikan kanak-kanak, sekali gus meluaskan peluang kerjaya lulusan program itu.
-berita harian, pendidikan, 20/05/08
Derita 60 tahun  Palestin tiada noktah
Oleh S M Mohamed Idris
SUDAH genap 60 tahun penderitaan rakyat Palestin berikutan pembersihan etnik yang dilancar oleh penceroboh Yahudi Zionis dan tertubuhnya negara Israel. Seramai 750,000 rakyat Palestin diusir keluar dari tanah air mereka.
Kini sudah lebih empat juta rakyat Palestin menjadi pelarian di serata negara jiran. Kesengsaraan yang dialami oleh mereka sudah berlarutan sehingga hari ini dan keadaan semakin buruk.
Penderitaan yang tidak terperi dialami rakyat Palestin sehingga hari ini tidak reda, malah memuncak kerana keangkuhan Israel yang didukung kuasa Barat, terutama Amerika.
Kini rakyat Palestin di Gaza sedang menghadapi penjara terbesar di dunia apabila mereka dikepung antara sempadan Israel dan Mesir. Ratusan ribu menghadapi risiko akan mati kerana kepungan dan sekatan yang dilancar Israel.
Pada April 2006, selepas Hamas mengetuai pentadbiran dalam kerajaan Palestin, Amerika Syarikat dan EU menyekat semua bantuan antarabangsa. Malah, mereka menyekat semua bantuan daripada disalurkan ke sana.
Israel juga menolak untuk memberi balik pungutan cukai yang dikutip separuh daripada Pentadbiran Palestin. Amerika Syarikat dan EU juga berkomplot bersama Israel untuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap rakyat Palestin yang sedang merana di bawah penaklukan Israel.
Pada 2006, Israel menyerang hendap dan mengebom Gaza. Kesan daripada itu menyebabkan kemusnahan jalan raya, jambatan, air kumbahan, pembersihan air dan juga loji. Ratusan penduduk cedera parah dan terbunuh.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki�Moon, menggesa Israel untuk membuka semua pintu jalan masuk ke Gaza. Beliau berkata: "Sekiranya apa yang tinggal pada ekonomi di Gaza dibiarkan musnah, taraf kemiskinan yang sedang melanda 2/3 penduduk setempat akan menjadi lebih buruk dan menyebabkan penduduk Gaza bergantung sepenuhnya kepada bantuan."
Pada masa akan datang, Israel merancang untuk memberontak terhadap kerajaan Hamas. Beberapa hari lalu, Kabinet Israel bercadang menamakan kawasan taklukan Semenanjung Gaza 'kawasan hitam' dan juga mengugut untuk memutuskan bekalan minyak serta elektrik, iaitu keperluan asas manusia.
Seperti sekatan ekonomi dan juga serangan bom terhadap penduduk tempatan, ia jelas terbukti melanggar piagam PBB dan undang-undang antarabangsa. Apa yang mengecewakan ialah Setiausaha Agung PBB hanya mengikut telunjuk Israel.
Majlis ini tidak melakukan sebarang tindakan lain untuk menghentikan Israel daripada mencabuli undang-undang antarabangsa dan norma masyarakat bertamadun.
Dalam Piagam PBB menyatakan bahawa pertubuhan ini 'menjanjikan' agar generasi akan datang diselamatkan daripada kesengsaraan di dalam peperangan, mengembalikan kepercayaan dalam hak asasi manusia, memastikan keadilan dan kehormatan yang termaktub dalam perjanjian dan sumber lain dalam undang-undang antarabangsa, dapat dikekal dan mewujudkan kehidupan lebih baik.
Oleh itu, PBB ditubuhkan dengan satu harapan untuk menegak kemakmuran sejagat, mengakhiri penjajahan dan juga meningkatkan kestabilan ekonomi dan sosial kepada berjuta-juta penduduk yang hidup dalam kemiskinan serta penindasan sejak beratus tahun dulu.
Bagaimanapun selepas berakhirnya perang dingin, organisasi ini berperanan sebagai wacana untuk mempromosikan dasar luar Amerika Syarikat. Kini ia menjadi senjata utama kepada negara yang berpengaruh dan memiliki kekayaan untuk membuli, menindas dan memanipulasikan negara lemah dan miskin.
Sebagai contoh, sekatan terhadap Iran yang sedang meningkatkan penghasilan uranium yang dibenarkan undang-undang antarabangsa. Dalam pada itu, Israel terus-menerus menjalankan pembersihan etnik dan menjatuhkan hukuman berat kepada penduduk Palestin. Ini satu jenayah terhadap kemanusiaan dan melanggar mandat PBB.
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selama ini mengamalkan sikap kepura-puraan dan 'talam dua muka' terhadap konflik Israel-Palestin. Ini tercetus disebabkan persetujuan PBB dengan tindakan Israel yang melanggar piagam, resolusi Majlis Keselamatan dan Undang-Undang Antarabangsa yang menyebabkan mangsa kekejaman Israel dan juga penyokongnya menggunakan kekerasan untuk mengakhiri penindasan mereka.
Menerusi piagam, Majlis Keselamatan PBB dipertanggungjawabkan untuk memastikan keamanan dan keselamatan sejagat. Tanpa tindakan yang diambil pihak majlis, ini akan memburukkan lagi keadaan di Palestin seperti tercetusnya keganasan, puak militan dan memungkinkan peperangan lebih buruk berlaku.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Kebangsaan Memperingati Nakba 60 Tahun (dianggotai oleh Citizen International , Teras , Al Quds Malaysia, Abim, JIM, PUM, ISMA , PKPIM dan Gamis menggesa pihak majlis mengadaptasikan resolusi di dalam Piagam, Bab 7 seperti berikut:
Mendesak Israel supaya menarik balik keputusan Kabinet untuk mengisytiharkan Gaza sebagai kawasan hitam dan tidak campur tangan dalam pembekalan makanan, elektrik, air dan minyak kepada penduduk Gaza;
Mendesak Israel untuk menarik balik sekatan ekonomi terhadap kawasan takluk Palestin, menamatkan pengepungan Gaza, dan juga melaksanakan segala yang dicadangkan mahkamah antarabangsa;
Meminta Israel menghentikan semua pembinaan penempatan dan perkembangan aktiviti di kawasan takluk Palestin dengan serta-merta;
Menyeru semua pihak untuk menghentikan serta-merta aktiviti ketenteraan dan semua kekejaman, keganasan, provokasi, penghasutan dan kemusnahan antara Israel dan Palestin. Ini juga membabitkan pengeboman, sekatan udara serta serangan peluru berpandu terhadap masyarakat setempat;
Menyeru Israel supaya lebih prihatin sesuai dengan tanggungjawab mereka di bawah Persidangan Geneva berhubung dengan Perlindungan penduduk di dalam zon peperangan pada 12 Ogos 1949 di kawasan takluk bahagian timur Baitulmaqdis;
Menyeru Israel mematuhi segala peruntukan undang-undang seperti yang digesa oleh mahkamah antarabangsa, dan
Menyeru Israel untuk memastikan supaya segala organisasi bantuan perubatan dan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan kepada rakyat Palestin pada setiap masa. Bantuan kecemasan juga perlu dititik beratkan dengan membenarkan mangsa yang mengalami kecederaan serius segera dibawa keluar dari kawasan takluk untuk menerima rawatan.
-berita harian, rencana, 20/05/08